Kini kita telah memasuki bulan Jun 2018, ini bermakna kita sebenarnya telah tamat penggal pertama, pejam celik pejam celik tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk murid-murid kita menghadapi peperiksaan penting seperti UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM.
UPSR tahun ini dijadualkan bermula 11-27 September 2018
PT3 8-11 Oktober 2018
SPM 13 November – 13 Disember 2018
STAM 16 – 23 Oktober 2018
Jika berdasarkan berapa hari lagi peperiksaan tersebut adalah seperti di bawah:
  • UPSR [93 Hari]
  • PT3 (Pelbagai Instrumen-Geog) [28 Hari]
  • PT3 (Pelbagai Instrumen-Sej) [Selesai]
  • PT3 (Bertutur) [Selesai]
  • PT3 (Mendengar) [64 Hari]
  • PT3 (Tilawah & Hafazan) [100 Hari]
  • PT3 (Bertulis) [120 Hari]
  • SPMU (Lisan) [Berlangsung]
  • SPMU (Bertulis) [15 Hari]
  • SPM (Lisan) [Berlangsung]
  • SPM (Bertulis) [156 Hari]
  • STAM (Kerja Kursus) [Berlangsung]
  • STAM (Lisan) [36 Hari]
  • STAM (Bertulis) [128 Hari]
  • STPM (P2 Bertulis) [Selesai]
  • STPM (P3 Bertulis) [156 Hari]
  • STPM (P3 ULBA) [107 Hari]
  • STPM (U1 Bertulis) [165 Hari]
  • STPM (U2 Bertulis) [172 Hari]

Kiraan ini dikira dari tarikh artikel ini 10 Jun 2018. Tertakluk kepada perubahan sekiranya ada.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u