KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan diterima.Bagi pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah caruman pekerja sebanyak 11% dipotong daripada gaji bulanan mereka, manakala caruman syer majikan sebanyak 13%. Bagi pekerja yang menerima upah/gaji melebihi RM5,000 caruman pekerja kekal 11% manakala 12% adalah caruman oleh majikan.

Pengeluaran KWSP Membeli Rumah

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembeliansebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Kelayakan Memohon

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara.
  2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan.
  3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

Syarat Pengeluaran

Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ’studio apartment’ / ‘service apartment’ /‘townhouse’/ SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.

Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman seperti berikut:

  • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
  • Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
  • Majikan ahli
  • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
  • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
  • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
  • Secara tunai.

Surat perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.

Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk membelirumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua.

Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.

Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)

Ahli tidak layak memohon sekiranya:

  • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  • Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
  • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
  • Membeli rumah ketiga
  • Membeli rumah di luar negara

Amaun Yang Layak Dikeluarkan (Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)

PEMBELIAN RUMAH OLEH INDIVIDU PEMBELIAN RUMAH BERSAMA AHLI KELUARGA
TERDEKAT ATAU INDIVIDU LAIN
Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah
pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah;
ATAU Semua simpanan Akaun 2
Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman
perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah;
ATAU Semua simpanan Akaun 2 masing-masing tertakluk
kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan
PINJAMAN PERUMAHAN 100% PEMBELIAN TANPA PINJAMAN / SECARA TUNAI
10% daripada harga rumah; ATAU Semua simpanan
Akaun 2
Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga
rumah; ATAU Semua simpanan Akaun 2

Bayaran pengeluaran akan terus dikreditkan ke akaun bank ahli yang aktif.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan:

  1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5)
  2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)
  3. Maklumat Akaun bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun semasa membuat permohonan pengeluaran)
  4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos

Jika ahli mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi :-

  • Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran
  • Pusat Pengurusan Perhubungan. Tel: 03-8922 6000
  • Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my

Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan
dengan KWSP. Ahli juga boleh melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat
lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan panduan umum kepada ahli.

Semoga info berkenaan pengeluaran KWSP membeli rumah ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari maklumat berkaitan.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u