Beg sekolah berat bukanlah isu yang baru, ia sebenarnya telah diketengahkan berpuluh tahun lepas lagi.
Namun begitu ia masih belum dapat diselesaikan ketika mana negara sudah hendak sampai ke tahun 2020.
Berikut adalah petikan daripada Portal Bernama:
ISKANDAR PUTERI, 16 Jan (Bernama) — Kajian Penilaian Berat Beg Murid Sekolah yang kini sedang dijalankan akan siap laporannya dalam tempoh sebulan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Beliau berkata proses mengumpul maklumat sudah dimulakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dengan mengunjungi sekolah di beberapa negeri.
Setelah proses itu siap, segala maklumat akan dihantar ke kementerian untuk dibentangkan kepada Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
“Kajian ini bertujuan mencari jalan penyelesaian kepada isu beg berat murid sekolah. Kami telah meminta kerjasama daripada pihak berkuasa sekolah seperti guru besar dan guru-guru untuk tidak membenarkan murid mereka membawa beg untuk tempoh pembelajaran seminggu tetapi hanya membawa buku mengikut jadual harian.
“Berdasarkan pemerhatian saya sendiri, kes-kes beg berat ini kurang berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan ada antara isu ini tidak berpunca daripada beban buku yang berat tetapi penggunaan beg sekolah beroda. Jadi, perkara ini perlu kami teliti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan SJKT Ladang Bukit Serampang di sini, hari ini…..
– BERNAMA
Antara cadangan yang diberikan adalah seperti disediakan loker di dalam kelas, khas untuk menyimpan buku yang berat seperti buku teks.
Cadangan ini cukup baik, namun tidak boleh diserahkan kepada pihak sekolah kerana ia melibatkan kos yang tinggi.
Berdasarkan tinjauan yang dibuat, ada murid yang tidak menyusun buku mengikut jadual harian, semua buku dibawanya ke sekolah. Sebabnya adalah kerana ‘tidak rajin’ dan tidak pandai melihat jadual.
Selain itu juga kerana bimbang takut dimarahi oleh guru jika ada buku yang tertinggal. Jadi langkah selamat, mereka membawa semua buku yang ada.
Semoga ‘kajian yang panjang’ ini akan membawa hasil yang menguntungkan dan dapat meringankan beban beg murid terutamanya murid sekolah rendah.
Berkenaan isu beg berat murid2 ini cadangan utk dikongsi.
1. Buku teks dibhgikn kpd 2 jilid.jilid 1 utk semster prtama dan jilid 2 utk semster berikutnya.
2. Buku teks disimpan d sekolah.murid bawa pulang sekiranya ada krja rumah/jika diperlukn.
3.buku aktiviti dibuat dlm bentuk lembaran yg boleh ditanggalkan.oleh itu murid tdk payah membawa keseluruhan buku..hanya tanggalkn lembaran yg diperlukan shj.
perlukah semua matapelajaran disediakan buku? melihatkan kpd keadaan sekarang murid pun dah boleh buat sistem fail. loker nak letak mana, bilik darjah dah penuh murid dan meja sudut Nilam. nanti cikgu pulak yang kena simpan kunci loker mereka. seeloknya guru saja ada buku panduan mengajar. untuk murid, guru boleh sediakan tulisan di papan atau lbaran kerja ikut kesesuaian. kita ni masih fikir takuk lama.