Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan terbarunya memberitahu, rakyat tidak perlu memohon penangguhan pembayaran pinjaman bank, kerana ia akan ditangguhkan secara automatik.

BNM membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk gadai janji dan sewa beli, untuk tempoh 6 bulan.

BNM berkata moratorium automatik itu akan berkuat kuasa bermula 1 April ini, ia sebagai langkah untuk mengurangkan bebanan isi rumah dan peniaga bagi menghadapi kesan penularan wabak COVID-19 ini.

Walau bagaimanapun moratorium ini tertakluk kepada dua syarat utama:

1) Pinjaman itu tak tertunggak dari segi bayaran ansuran lebih dari 90 hari pada 1 April 2020;


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


2) Pinjaman mestilah dalam matawang Ringgit Malaysia.

3) Hutang kad kredit tidak layak untuk moratorium ini. Pun begitu, bank boleh memberikan pilihan pada pemegang kad kredit untuk tukar hutang kad mereka kepada pinjaman biasa tidak melebihi 3 tahun dengan faedah di bawah 13%. Benda ni juga akan ditukar secara automatik jika pemegang kad gagal buat bayaran minima untuk 3 bulan berturut.

Diharap dengan adanya lebihan ini nanti, ia mampu memberi kelegaan kepada semua rakyat khususnya yang terkesan dengan krisis ekonomi akibat daripada penularan wabak COVID-19 ini.

Semoga kita menggunakannya dengan cermat dan berhati-hati. Beli barangan yang dirasakan perlu sahaja.