Rancangan Pengajaran Harian merupakan perkara yang wajib disediakan oleh setiap guru. Di sini admin ingin kongsikan RPH Sains Tahun 2 KSSR Semakan untuk kegunaan guru-guru.

Sains merupakan Subjek yang menarik sebenarnya, murid sangat seronok apabila dapat masuk ke makmal Sains dan membuat aktiviti.

Oleh yang demikian PdPc hendaklah dirancang dengan baik dan tersusun. Berikut adalah RPH Sains yang dapat membantu anda, kepada yang ingin mendapatkannya boleh ke pautan berikut:

Untuk Versi 1 RPH tersebut adalah dalam versi Google Sheets di dalam Google Drive. Ia telah dihasilakan oleh Kumpulan eDidik Malaysia, pembuat data dari kumpulan Telegram @erphMalaysia yang telah diasaskan oleh Dr. Saga.

Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH

Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

RPH ini boleh digunakan secara percuma, anda tidak perlu membelinya. Anda juga sama sekali tidak dibenarkan untuk menjualnya, biarpun anda telah membuat perubahan dari segi tapak atau datanya.

Terima kasih diucapkan kepada semua pembuat data dari team eDidik yang telah bertungkus lumus membuat eRPH Sains Tahun 2 ini.

Admin juga akan mengemaskini RPH Versi lain yang mungkin dapat membantu rakan-rakan guru untuk menggunakannya. Sekiranya anda mempunyai RPH yang ingin dikongsikan kepada semua bolehlah menghantarnya ke pendidik2u.

Semoga segala usaha dan sumbangan mereka diberi ganjaran dan limpahan rezeki yang luas.

Sekiranya anda ingin melihat RPH untuk subjek dan tahun lain boleh ke: Koleksi RPH