Sains merupakan subjek yang sangat penting di sekolah rendah. Murid sebenarnya sangat suka dan seronok belajar sains, terutamanya apabila membuat aktiviti-aktiviti yang mampu menarik minat mereka.

PdPc Sains juga memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun, di sini dikongsikan RPH Sains Tahun 3 KSSR Semakan yang terbaru untuk kegunaan tahun hadapan.

Kepada yang berminat untuk mendapatkannya bolehlah menggunakan eRPH yang dikongsikan pada pautan berikut:

VERSI 1

VERSI 2

Untuk Versi 1 RPH tersebut adalah dalam versi Google Sheets di dalam Google Drive. Ia telah dihasilakan oleh Kumpulan eDidik Malaysia, pembuat data dari kumpulan Telegram @erphMalaysia yang telah diasaskan oleh Dr. Saga.

Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH

Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

Dilarang Jual

RPH ini diberikan secara percuma, anda tidak dibenarkan untuk menjual biarpun telah membuat perubahan dari segi bentuk atau paparannya.

Anda dibenarkan menggunakan RPH ini di sekolah anda, sila ikut panduan yang telah diterangkan di atas.

Guru-guru juga dinasihatkan untuk membuat perbincangan bersama rakan  guru di bawah panitia. Anda juga boleh mencadangkan kepada barisan pentadbir untuk menggalakkan mereka membenarkan penggunaan rancangan mengajar versi eRPH.

Semoga perkongsian Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Sains Tahun3 ini dapat membantu anda khususnya para guru Sains yang sedang mencarinya.

Semoga segala usaha dan sumbangan RPH Sains Tahun 3 ini mereka diberi ganjaran dan limpahan rezeki yang luas.

Sekiranya anda ingin melihat RPH untuk subjek dan tahun lain boleh ke: Koleksi RPH