Bilakah saya akan dipanggil temu duga?
Bagi jawatan PPP, temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan mengikut opsyen diterima daripada KPM. Pemakluman bagi urusan panggilan temu duga akan dibuat melalui portal SPP. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP. Calon juga dinasihatkan untuk menghubungi SPP sekiranya berlaku pertukaran tempat bertugas untuk tujuan pengemaskinian.

Bagi calon PPPT dan AKP, temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan diterima daripada KPTM dan KPM. Walau bagaimanapun, panggilan temu duga bagi jawatan PPPT akan dibuat mengikut kekosongan bidang pengkhususan dan gred jawatan. Calon akan menerima surat rasmi panggilan temu duga dan juga boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP.

Bolehkah saya menukar tempat temu duga kerana saya telah berjauhan daripada pusat temu duga yang dipilih semasa membuat permohonan jawatan?
Pertukaran tempat temu duga dibenarkan kepada calon PPP yang telah bertukar daripada pusat temu duga yang dipilih sewaktu dipanggil temu duga dengan syarat terdapat temu duga bagi opsyen yang sama dilaksanakan di negeri calon berada sekarang. Walau bagaimanapun, calon dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu kepada Suruhanjaya secara bertulis sebaik sahaja mengetahui pemakluman temu duga dan calon disyaratkan membawa dokumen berikut semasa hadir temu duga:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • pemakluman temu duga;
  • semua dokumen yang disyaratkan dalam senarai semak pemakluman temu duga; dan
  • salinan kebenaran pertukaran pusat temu duga

Sekiranya saya hilang salah satu sijil asal, apakah yang perlu saya lakukan?
Calon dikehendaki mendapatkan semula sijil asal tersebut ataupun surat pengesahan dari pihak yang mengeluarkan.

Apakah salinan fotostat sijil yang telah disahkan boleh diterima pakai menggantikan sijil asal yang hilang untuk urusan temu duga?
Tidak boleh, calon dikehendaki mendapatkan semula sijil asal tersebut ataupun surat pengesahan dari pihak yang mengeluarkan sijil tersebut.

Apakah persedian yang perlu saya buat untuk menghadiri temu duga?
Antara persediaan yang perlu dilakukan:

  • Pastikan semua dokumen asal yang diminta di dalam senarai semak pemakluman temu duga disediakan. Hanya sijil asal diterima dan calon yang gagal mengemukakan sijil asal tidak akan ditemu duga;
  • Pastikan pakaian mematuhi kod etika pakaian penjawat awam; dan
  • Lengkapkan diri dengan pengetahuan am dan ikhtisas
  • Rujuk Panduan Temuduga SPP