Sebelum menghadiri temuduga pastikan semua dokumen dan bahan-bahan dalam senarai semak cukup dan lengkap. Contoh senarai semaktemuduga SPP bagi PPPS DG41:
DOWNLOAD SENARAI SEMAK DOKUMEN TEMU DUGA BAGI PERMOHONAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) :
BIL
|
|
|
|
||||
1
|
|
||||||
2
|
|
||||||
3
|
|
||||||
4
|
Diploma
|
||||||
5
|
Ijazah
(Sekiranya ijazah yang diperolehi dalam bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, surat terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris adalah diperlukan dan terjemahan hendakalah dibuat oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia atau Pejabat Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Jabatan Agama Islam Negeri bagi ijazah Bahasa Arab sahaja)
|
||||||
6
|
Surat tawaran mengikuti program di Institut Pendidikan Guru (IPG) / surat pengesahan belajar dari Pengarah IPG
|
||||||
7
|
*CALON SEDANG BERKHIDMAT
Surat kebenaran cuti belajar
|
||||||
8
|
GAMBAR BERUKURAN PASSPORT
|
Tuan/puan juga dikehendaki membawa Buku Rancangan Pengajaran Harian semasa praktikum untuk sesi temu duga.
Apakah contoh-contoh soalan yang panel penemuduga selalu ajukan?
Kebiasaannya dalam 1 bilik temuduga ada 2 orang panel yang berpengalaman yang akan menemuduga anda. Kebiasaannya dalam 1 sesi 5 orang calon akan masuk serentak. Tetapi soalan yang ditanya jawab secara individu. Di antara soalan-soalan yang ditanya.
- Apakah nama jawatan yang anda temuduga ini?
- Apakah kaedah yang anda gunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?(Soalan ini boleh dikatakan wajib, setiap calon perlu huraikan 1 kaedah yang digunakan dalam PNP.Oleh itu ulangkaji Ilmu Pendidikan supaya bersedia dengan jawapan dan teori yang betul)
- Apakah yang anda faham mengenai Falsafah pendidikan Negara?
- Apakah maksud KSSR, LINUS, 1M1S ?
- Apakah MBMMBI, (DOWNLOAD MBMMBI PDF), PBS, SAPS,SPPBS?
- Sekolah berprestasi tinggi.
- NKRA Pendidikan
- Pelan Strategik Interim
- RMK 10 Pendidikan
- Soalan-soalan lain yang berkaitan dengan kos anda : Cth bagi KPLI j-QAF Apakah Peranan Guru j-QAF dalam membangunkan modal insan.
- Maklumat baru: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 – Bahasa Malaysia.
- Memahami Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 11 anjakan. (BARU)
- PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA [FULL VERSION WAJIB BACA]
- Kementerian Pelajaran Malaysia telah digabungkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan ditukar nama ke Kementerian Pendidikan Malaysia
- Barisan Kabinet 2013
- Bagi calon j-QAF perlu juga faham : Modul j-QAF
- Koleksi Soalan SPP Bagi Opsyen Pendidikan Islam ( BARU 2013 Berdasarkan Pengalaman Calon-calon 2013)
- Koleksi Soalan Temuduga Guru (UPDATE 1 DEC 2013)
- Panduan Masuk ke Bilik Temuduga (Update 1 Dec 2013)
- Isu PBS – (Sila Jawab dengan Profesional)
- MMI – Melindungi Masa Instruksional (NEW 2014)
Anda juga harus faham bahawa Ahli Panel bukan sebarangan orang, anda perlu menunjukkan sikap professional yang mencerminkan anda seorang pendidik. Selain itu, anda juga perlu bersedia dengan soalan-soalan yang tidak dijangka berkenaan isu-isu semasa. Mungkin juga anda rasa jawapan betul atau salah tidak mengapa janji bercakap dengan yakin…Ooopss anda SILAP. Sememangnya mereka inginkan jawapan yang betul. Setiap jawapan yang betul ada markahnya, keyakinan terletak dalam kategori lain yang dinilai bersama. Panel Penemuda sudah berpengalaman dan sudah jumpa ramai calon, jadi anda perlu tunjukkan anda adalah orang yang layak untuk jawatan ini.
Anda juga hendaklah berpakaian kemas dan bersih. Sememangnya anda sudah berpengalaman sebelum ini mungkin ketika temuduga KPLI atau Jawatan lain.
Perlu diingatkan juga, salah 1 perkara yang sangat penting adalah Sijil Akademik anda, boleh dikatakan jika anda gagal menunjukkan Skrol Ijazah anda mereka akan ‘hold’ jawatan anda, sepatutnya anda dapat DG41, tetapi kerana gagal menunjukkan sijil tersebut anda perlu mengambil temuduga semula pada akan datang.
Oleh itu, pastikan senarai semak anda betul-betul lengkap dan sijil-sijil disahkan oleh pegawai yang layak.
Selamat berjaya kepada semua calon…
Artikel ini ditulis oleh Admin Pendidik2u, sebarang salinan hendaklah mendapat kebenaran dari Admin, dan diletakkan link pendidik2u.
SILA LIKE FACEBOOK PENDIDIK2U UNTUK DAPATKAN INFO DAN MAKLUMAT BERKAITAN TEMUDUGA,SPP,KPM,SPA,JPA DAN LAIN-LAIN.
SILA LIKE FACEBOOK PENDIDIK2U UNTUK DAPATKAN INFO DAN MAKLUMAT BERKAITAN TEMUDUGA,SPP,KPM,SPA,JPA DAN LAIN-LAIN.