Ramai yang tanya siapakah yang tergolong dalam murid berkeperluan khas? Apakah kategori dalam keperluan khas?

Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, murid berkeperluan pendidikan khas ertinya kanak-kanak yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal dan masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan dan masalah yang telah dinyatakan.

• Kurang Upaya Pendengaran
• Kurang Upaya Penglihatan
• Kurang Upaya Pertuturan
• Kurang Upaya Fizikal
• Masalah Pembelajaran
• Pelbagai (Multiple Disabilities)


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


murid khas

Justeru dalam konteks pendidikan khas, dihuraikan beberapa kategori MBK sebagai panduan untuk masyarakat lebih mengenali rupa bentuk fizikal, memahami tingkah laku dan mengetahui keperluan mereka.