Home Berita Hari Bahasa Kebangsaan dan Hari Bahasa Inggeris Dicadang

Hari Bahasa Kebangsaan dan Hari Bahasa Inggeris Dicadang

15
2

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mencadangkan Hari Bahasa Kebangsaan dan Hari Bahasa Inggeris dilaksana di setiap sekolah bagi meningkatkan tahap penguasaan kedua-dua bahasa itu.

Maszlee berkata Hari Bahasa itu perlu diperluaskan di sekolah kebangsaan, sekolah swasta, sekolah bantuan kerajaan atau sekolah jenis kebangsaan dengan memilih hari tertentu dalam setiap minggu.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

“Dua hari tertentu dipilih dengan aktiviti-aktiviti mesti dijalankan dalam bahasa itu dan melibatkan juga kesusasteraan Melayu, ini amat penting dalam kita memartabatkan bahasa kebangsaan.

Selain itu, dalam meraikan kepelbagaian dan era baharu, penguasaan bahasa ketiga dan keempat juga perlu ditekankan sebagai sumber kekuatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis alumni ‘Sireh Pulang ke Gagang’ Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 (STAR2), di Johor Bahru hari ini.

Maszlee yang merupakan bekas murid STAR2 dari 1981 hingga 1986 berkata usaha berkenaan akan dibincangkan dengan pihak yang berkaitan.

Pada masa sama, beliau mahu guru-guru di sekolah rendah mengubah stigma mereka yang tidak berasa bangga mengajar di sekolah rendah berbanding mengajar di sekolah menengah.

“Di Finland, negara yang mempunyai kualiti pendidikan nombor satu di dunia, cikgu-cikgu terbaik mereka dihantar ke sekolah rendah bagi pembentukan peribadi dan kemahiran bahasa di peringkat awal.

“Kita hari ini cikgu-cikgu tidak mahu mengajar di sekolah rendah, semua nak pergi ke sekolah menengah terutamanya cikgu-cikgu yang mempunyai ijazah,” katanya.

Maszlee yang merupakan anggota Parlimen Simpang Renggam juga berkata beliau mahu masyarakat Cina di negeri itu khususnya meningkatkan penguatkuasaan bahasa kebangsaan.

Justeru katanya, penglibatan pelajar melalui program integrasi bersama pelbagai aliran sekolah perlu diadakan bagi membolehkan mereka bergaul dari sejak kecil.

– BERNAMA

2 COMMENTS

  1. Tidak setuju.
    Hapuskan semua sek jenis kebangsaan untuk perpaduan. Masa kini, kanak-kanak dipisahkan mengikut bangsa, sudah dewasa baru nak berusaha untuk menyatukan. Sudah terlambat, sukar dan mustahil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here