Home info Jawatan Kosong Jurulatih Sukan di Sekolah Sukan Malaysia

Jawatan Kosong Jurulatih Sukan di Sekolah Sukan Malaysia

92
0
jawatan kosong sekolah sukan

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Jurulatih Sukan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 – DG52 (KUP) Dan Jurulatih Sukan (Terbuka) Gred 29 – 52 di Sekolah Sukan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan itu, Bahagian sukan Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) / pegawai yang mempunyai kelayakan untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN

Jurulatih Sukan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 – DG52 (KUP)

Syarat dan kelayakan umum:

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau Pengawai Perkhidmatan Awam Gred 29 hingga gred 52;
  • Warganegara Malaysia;
  • Telah disahkan dalam jawatan sekarang;
  • Berumur tidak melebihi daripada 55 tahun pada tarikh iklan ditutup;
  • Disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan; dan
  • Mempunyai minat dan komitmen yang tinggi.

Syarat dan kelayakan khusus:

  • Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan di bidang yang dipohon sekurang-kurangnya 2 tahun atau atlet kebangsaan semasa / bekas atlet kebangsaan;
  • Mempunyai persijilan kejurulatihan sukan yang di keluarkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang berkaitan atau persijilan sains sukan oleh Akademi Kejurulatihan.
  • Kebangsaan sekurang-kurangnya Tahap 1 atau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda / Bachelor Pendidikan Jasmani Kesihatan / Sains Sukan / Sukan Rekreasi dari Universiti Awam atau Swasta.

Jurulatih Sukan (Terbuka) Gred 29 – 52 di Sekolah Sukan Malaysia

Syarat dan kelayakan umum:

  • Pengawai Perkhidmatan Awam Gred 29 hingga gred 52 atau bukan penjawat awam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Telah disahkan dalam jawatan sekarang bagi penjawat awam;
  • Berumur tidak melebihi daripada 55 tahun pada tarikh iklan ditutup;
  • Disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan; dan
  • Mempunyai minat dan komitmen yang tinggi.

Syarat dan kelayakan khusus:

  • Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan di bidang yang dipohon sekurang-kurangnya 2 tahun atau atlet kebangsaan semasa / bekas atlet kebangsaan;
  • Mempunyai persijilan kejurulatihan sukan yang di keluarkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang berkaitan atau persijilan sains sukan oleh Akademi Kejurulatihan.
  • Kebangsaan sekurang-kurangnya Tahap 1 atau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda / Bachelor Pendidikan Jasmani / Sains Sukan / Sukan Rekreasi dari Universiti Awam atau Swasta.

Faedah Kerja Jawatan Terbuka Bagi Penjawat Awam Sahaja:

Pegawai Perkhidmatan Awam yang berjaya dipilih ke jawatan Jurulatih Sukan Gred 29 hingga 52 ( Terbuka ) akan menerima: Gaji Peminjaman = Emolumen di gred jawatan hakiki pegawai + Insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki pegawai.

( Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 : Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap )

Jawatan jurulatih sukan

Cara Memohon:

i. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web www.moe.gov.my/bsukan
ii. Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/ dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Ketua Jabatan kepada:

Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

iii. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon serta sukan di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.

Iklan kekosongan ini telah diiklankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sila rujuk iklan berikut:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here