RPH Bahasa Melayu Tahun 4 merupakan RPH di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Tahun 4 merupakan tahun yang penting bagi setiap murid, untuk lebih fokus dan boleh membuat pembelajaran kendiri.

Di sini pendidik2u ingin kongsikan kepada rakan-rakan guru RPH Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR yang telah dibina oleh rakan guru kita Cikgu Jamaludin Musa dan Kumpulan eRPH Malaysia dari telegram yang diasaskan oleh Dr. Saga.

Kepada yang ingin memuat turun boleh ke pautan di bawah:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4

RPH ini merupakan RPH di dalam bentuk Spreadsheet dan Microsoft Excel, anda juga boleh gunakan sebagai eRPH dengan memasukkannya ke dalam Google Drive.

Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH

Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:

  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

Anda boleh buat kemaskini atau menambah pada ruangan data untuk memasukkan aktiviti atau objektif yang bersesuaian dengan PdPc anda.

Cara Ubah Kelas, Aktiviti, Objektif

Klik pada spreadsheet data – Ubah di situ, jangan ubah apa-apa ketetapan ‘Setting’ yang lain.

Dilarang Jual

RPH ini telah dibina oleh rakan kita, oleh yang demikian gunakan untuk keperluan sendiri, dilarang untuk menjualnya biarpun anda telah mengubahsuai reka bentuknya. Kita hendaklah menghormati hak milik asal pemiliknya seperti yang dinyatakan di atas.

Anda juga dinasihatkan untuk membuat perbincangan di peringkat sekolah dan panitia masing-masing untuk memastikan penggunaan RPH selaras setiap guru.

Penghasilan RPH sebenarnya perlu merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang terbaru berdasarkan DSKP KSSR Tahun 4 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Untuk menghasilkan RPH yang bersesuaian dengan aras setiap murid anda juga hendaklah melihat objektif yang hendak di capai. Aktiviti juga perlulah bersesuaian dengan murid dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang mampu memberikan impak kepada murid untuk belajar secara berkumpulan.

Penggunaan elemen STEM dan KBAT juga hendaklah diterapkan dalam memastikan murid dapat mencapai standard pembelajaran abad 21.

Semoga info berkaitan RPH BM Tahun 4 ini dapat membantu anda dalam menghasilkan PdPc yang baik dan terancang. Jangan lupa unutk kongsikan bersama rakan-rakan anda. Untuk RPH Subjek dan Tahun lain boleh rujuk di: Koleksi RPH