RPH Bahasa Melayu Tahun 3 KSSR Semakan ini merupakan RPH yang terbaru untuk kegunaan 2019, KSSR Semakan telah bermula pada 2017 lagi dan pada tahun hadapan ia akan memasuki tahun ke 3 pelaksanaannya.

Bahasa Melayu merupakan subjek yang diminati murid-murid, pada tahun 3 murid sudah pun menguasai perkara asas seperti Membaca dan Menulis, penekanan terhadap menulis ayat panjang akan ditekankan di dalam tahun 3.

Di sini Pendidik2u ingin kongsikan eRPH yang boleh digunakan guru-guru secara online menggunakan Google Drive. Kepada yang berminat untuk memuat turun ‘download’ boleh ke pautan di bawah:

RPH BAHASA MELAYU TAHUN 3 KSSR SEMAKAN 2019

 

Ia juga boleh digunakan dalam bentuk excel untuk di ubah suai secara ‘offline’ dan dicetak seperti biasa.

Bagi yang ingin mengubah suai pada bahagian-bahagian lain seperti objektif, aktiviti, emk, nilai atau sebagainya, boleh klik pada bahagian datanya. Tidak perlu ubah ketetapan yang lain kerana dibimbangi akan menyebabkan menjadi masalah.

RPH ini merupakan perkongsian oleh Kumpulan edidik Malaysia, boleh sertai kumpulan Telegram @erphmalaysia untuk berkongsi serta menyertai bengkel-bengkel membuat RPH yang dianjurkan.

Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH

Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

Dilarang Untuk Menjual

RPH ini diberikan secara percuma anda sama sekali tidak dibenarkan untuk menjual biarpun anda telah membuat beberapa perubahan dari segi bentuk atau datanya. Kita hendaklah menghormati rakan-rakan guru ayang telah menghasilkan RPH ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Saga selaku peneraju utama eRPH di Malaysia ini. Sumbangan dan ilmu yang disampaikan asangatlah berguna untuk transformasi pendidikan di negara kita.

Anda juga boleh membuat perbincangan dengan rakan-rakan di dalam panitia anda untuk menambah beberapa elemen yang dirasakan sesuai mengikut kelas yang anda ajar.

Hasil perbincangan berkumpulan akan membuahkan hasil yang lebih baik dengan pelbagai pendapat yang bermanfaat untuk digunakan bersama.

Penghasilan RPH sebenarnya perlu merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang terbaru berdasarkan DSKP KSSR Semakan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Semoga info berkaitan RPH BM Tahun 3 ini dapat membantu anda dalam menghasilkan PdPc yang baik dan terancang. Jangan lupa unutk kongsikan bersama rakan-rakan anda. Untuk RPH Subjek dan Tahun lain boleh rujuk di: Koleksi RPH

Sebarang masalah atau pertanyaan boleh rujuk di facebook atau di telegram.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u