Home info Program Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2018

Program Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2018

91
0
Permohonan Kolej Vokasional
  1. Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional KPM
  2. Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
  3. Program Kemahiran di :
  • Kolej Vokasional KPM
  • Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
  • GIATMARA

Syarat Kemasukan Ke Program Kolej Vokasional

Syarat Umum

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan
    Kerajaan di bawah kelolaan KPM;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017
    yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
    Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta
    Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3);
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah
    penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan
    menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali ;
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA ;
  • Calon bebas daripada masalah mental ; dan
  • Calon berminat dengan program dipohon.

Syarat Khusus

  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa
    Melayu dan Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa
    Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran
    Sekolah-PS).

Syarat Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik (Bagi yang mengikuti aliran perdana/ akademik)

Syarat Umum

  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan
    di bawah kelolaan KPM;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang
    merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
    Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga
    (PT3);
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau
    penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan
    kerja praktikal dan amali ;
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA ;
  • Calon bebas daripada masalah mental ; dan
  • Calon berminat dengan program dipohon.

Syarat Khusus

Kursus: Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Awam, Sains Pertanian, Perdagangan

  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya C bagi
    mata pelajaran berikut iaitu :
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Kemahiran Hidup
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya D dan Band
    4 bagi mata pelajaran Sains.

 

Permohonan secara online dibuka mulai 10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017.

Bagaimana cara untuk menyemak keputusan?

  • Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat http://www.moe.gov.my mulai 15 Januari hingga 22 Januari 2018.

Apakah perbezaan antara Murid Tingkatan 3 Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) & Murid Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) – Aliran Perdana / Akademik / Agama?

Murid Lepasan PAV Murid Lepasan PBS
Murid telah mengikuti asas vokasional
mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang
menawarkan PAV

Murid menduduki PBS yang merangkumi 4
komponen iaitu:

  • Pentaksiran Pusat (PT3)
  • Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan
    dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Bilakah tarikh dan waktu pendaftaran?

Tarikh pendaftaran di institusi ialah pada 23 Januari 2018 (Aliran Perdana) dan 12 Februari 2018 (Aliran PAV).

Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari https://sptv.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 6, Blok E14, Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)

Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda terutamanya Pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon aliran vokasional dan teknik ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here