Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna.

PPSR merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sultan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah bagi Murid BerkeperluanĀ  Khas (MBK) masalah Pembelajaran.

Semua murid Tahun 6 boleh memperoleh Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah pada 21 November 2019 mulai jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing. Wakil dibenarkan mengambil dokumen PPSR sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

Semakan keputusan UPSR dan PASR boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


UPSR (jarak) Angka Giliran atau
PASR (jarak) Angka Giliran dan SMS ke 15888.

Keputusan PPSR 2019

Perkhidmatan ini akan diaktifkan
bermula jam 10.00 pagi pada 21 November 2019 dan akan ditamatkan pada jam 6.00 petang pada 27 November 2019.

Semakan keputusan UPSR dan PASR juga boleh
dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.