Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500.00 dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang bersara paksa dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.00.

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 sebanyak RM500.00 diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat sehingga 18 Disember 2019 dan berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 had berturut-turut dalam tempoh I Januari
2019 hingga 18 Disember 2019.

Tempoh 30 had berturut-turut adalah termasuk semuajenis cub bergaji penuh, semua jenis cub separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh I Januari 2019
hingga 18 Disember 2019.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


TARIKH PEMBAYARAN

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 ini akan dibayar pada 18 Disember 2019.

TANGGUNGJAWAB PEMBAYARAN

Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 ini adalah menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran.

TARIKH KUAT KUASA

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pekeliling Bayaran

Pekeliling Bantuan Khas 2019