Perkhidmatan Pos Laju adalah antara perkhidmatan perkhidmatan penghantaran terbaik di Malaysia. Kelebihan utama poslaju adalah kawasan penghantaran merangkumi seluruh negara tidak kira dibandar ataupun di kawasan pedalaman berbanding sebahagian syarikat penghantaran yang mempunyai had kawasan penghantaran. Ramai yang keliru waktu operasi Pos Laju kerana ia berbeza mengikut negeri dan tempat kerana cawangannya banyak.

Poslaju adalah salah satu perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad sejak tahun 1992. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 1000 premis Pos Malaysia di seluruh Malaysia yang merangkumi:

  • 704 pejabat pos
  • 264 pos mini
  • 68 Poslaju
  • 151 agen berdaftar
  • 24 Pos-On-Wheel
  • 6 kiosk poslaju
  • 13 pusat Poslaju
  • 4 unit mobile Poslaju Go2u

Waktu Operasi Poslaju di Malaysia

Jika seseorang individu ingin menggunakan perkhidmatan poslaju, kebiasaannya, urusan haruslah dilakukan sebelum jam 2 petang, pada hari Ahad hingga Jumaat.

Bagi negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Johor operasi mereka akan ditutup pada setiap hari Jumaat, manakala untuk negeri Kedah, waktu operasi poslaju turut dibuka pada hari Jumaat (cuti am) iaitu pada jam 8.30 hingga 12.00 tengah hari dan akan dibuka semula pada jam 3.00 petang hingga 5.30 petang.

Selain itu, ada juga yang terkeliru waktu operasi di Johor kerana di sana cuti hujung minggu adalah Jumaat Sabtu, di Johor ia masih mengekalkan seperti sebelum ini iaitu dibuka setiap hari kecuali Hari Sabtu Pertama dan Ahad. Namun begitu di Cawangan Johor Bahru ia dibuka setiap hari cuma pada Sabtu Pertama dan Ahad ia beroperasi 9.00 pagi – 3.00 petang.

Rujuk jadual di bawah, tertakluk perubahan dari pihak Pos Laju:

NEGERI WAKTU OPERASI
KELANTAN, TERENGGANU Dibuka setiap hari kecuali Sabtu pertama, Jumaat dan cuti umum.
KEDAH Dibuka setiap hari.

Kecuali Pos Laju Jitra dan Langkawi tutup pada Jumaat dan Sabtu pertama.

SELAIN NEGERI DI ATAS Dibuka setiap hari kecuali Sabtu pertama, ahad dan cuti umum.
UTC Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum

Pesanan akan dikutip oleh pihak poslaju pada hari yang sama dan berkemungkinan akan sampai pada keesokan harinya bergantung kepada destinasi dan kawasan penghantaran. Sesetengah kawasan atau destinasi mungkin mengambil masa penghantaran yang agak panjang, iaitu di antara dua hingga selewat-lewatnya lima hari bekerja. Kebiasaannya, kelewatan penghantaran ini berlaku bagi sesetengah kawasan pedalaman.

Bagi individu yang membuat urusan poslaju pada hari Ahad dan Sabtu atau Jumaat dan Sabtu , tiada sebarang penghantaran akan dilakukan pada hari tersebut. Penghantaran hanya akan dibuat pada hari Isnin atau pada hari bekerja yang berikutnya.

Terdapat beberapa status penghantaran poslaju yang akan tertera pada sistem, contohnya Courier is attempting delivery  yang bermaksud item sedang dalam proses penghantaran dan proses penghantaran akan berjalan sehingga jam 6.00 petang. Status lain ialah seperti Consignment arrived at processing centre yang bermaksud barang tersebut telah tiba di pusat agihan atau masih dalam proses agihan.

Satu perkara yang perlu anda tahu adalah berkenaan kos yang perlu anda bayar menggunakan Poslaju. Kos penghantaran adalah berdasarkan berapa berat barang yang anda hantar. Pengiraan kasar kos penghantaran boleh dibuat secara atas talian di: https://www.pos.com.my/bm/perkhidmatan-pos/capaian-pantas/?kira-kadar-pos

Ini akan membantu anda untuk membuat persediaan berapa banyak pembayaran perlu dibuat semasa menyerahkan bungkusan tersebut di kaunter poslaju.

Syarat Pembungkusan Pos Laju

Perkara lain yang perlu diambil berat berkeaan poslaju adalah dari segi cara pembungkusan. Berdasarkan laman web poslaju sendiri, pembungkusan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

  • Isi kandungan dipadatkan sehiggga tiada ruangan kosong di dalam kotak bagi mengelakkan barang bergerak semasa proses penghantaran
  • Isi kandungan yang berupa cecair hendaklah ditutup dengan rapat dan ketat dan dimasukkan ke dalam plastik dan diikat sebelum dimasukkan ke dalam kotak.
  • Isi kandungan berupa seramik atau kaca dibalut dengan beberapa lapisan plastk bubble sehingga memenuhi ruangan kotak untuk mengelakkan ia bergerak.
  • Isi barang dalam kotak yang kukuh dan sangat tidak digalakkan menggunakan kotak yang lusuh atau kotak terpakai.
  • Gunakan pita pelekat untuk membalit sekeliling kotak untuk mengelakkan kotak daripada terkoyak.

Setiap penghantaran menggunakan Poslaju boleh di kesan dengan menggunakan kod pengesan yang tercatat pada borang penghantaran poslaju. Anda hanya perlu masukkan kod tersebut di laman web http://poslaju.com.my/track-trace-v2/. Ini akan dapat memudahkan penghantar dan penerima membuat semakan di mana barang yang dihantar.

Semoga maklumat mengenai Waktu Operasi Pos Laju ini dapat membantu anda dalam merancang dan mengurus jadual urusan kerja anda. Sebarkan dan kongiskan bersama rakan-rakan.