PENJADUALAN SEMULA KALI KEDUA TAKWIM PEPERIKSAAN KENDALIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) allah Hembuat penjadualan semula kal
kedua takwim peperiksaan kendalian KPM bagi tahun 2020 berdasarkan Pindaan
Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020.

Penjadualan semula kali pertama peperiksaan bawah kendalian KPM telah diumumkan pada 28 Mac 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengambil kira pelanjutan PKP dan perkembangan semasa penularan wabak COVID-19, Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April 2020 telah mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan awam akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021.

Ini bagi membolehkan murid mempunyai tempoh pembelajaran yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan.

Oleh kerana peperiksaan SPM tahun 2020 dijadualkan bermula pada minggu pertama tahun 2021, KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logislik bagi tujuan peperiksaan tersebut.

Ini termasuklah memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2021 yang akan dimaklumkan kelak. Penyusunan semula permulaan sesi ini penting bagi memastikan agar sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar.

Berikut adalah takwim peperiksaan bagi tahun 2020 yang telah dijadualkan semula:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


28 JUN 2020