KUALA LUMPUR: CUEPACS merayu kerajaan di bawah pentadbiran baharu menyemak semula gaji minimum dan insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi penjawat awam, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

70% daripada kumpulan tersebut masih belum mampu membeli rumah sendiri, kerana harga rumah yang melambung tinggi terutamanya di kawasan bandar.

Datuk Azih Muda selaku presiden berkata kelompok berkenaan sukar membuat simpanan untuk memiliki rumah kerana peningkatan harga barangan yang tidak sejajar dengan gaji mereka.

Beliau berkata dengan gaji kurang daripada RM5,000 mereka hanya mampu memiliki rumah berharga bawah RM150,000. Namun rumah di bawah harga tersebut sukar didapati di kawasan yang pesat membangun.

Mereka terpaksa menyewa rumah, yang mana turut tinggi seperti membayar harga bulanan rumah.

“Kerajaan perlu semak semula gaji kerana kos sara hidup yang tinggi termasuk harga barangan makanan dan minuman meningkat, menyukarkan lagi kehidupan mereka, lebih-lebih lagi dalam kalangan penjawat awam yang mempunyai pasangan tidak bekerja.

Beliau juga mengesa kerajaan memantau harga barang yang meningkat sehingga membebankan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong di Parlimen pagi tadi mengenai kira-kira 76 peratus daripada lebih 1.1 juta kakitangan awam dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat gaji kurang daripada RM5,000.

Azih berkata, sehingga 30 Jun lalu, seramai 1,146,222 penjawat awam sedang berkhidmat dengan kerajaan dan daripada jumlah itu seramai 866,270 tergolong dalam kumpulan gaji bawah RM5,000.

Sehubungan itu beliau juga memohon kerajaan menyediakan lebih banyak rumah mampu milik bernilai bawah RM150 ribu bagi membolehkan kelompok itu memiliki rumah pertama mereka.

Bajet 2019 akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Lim Guang Eng pada 2 November 2018 nanti. Bajet 2019 ini juga dikatakan Bajet ‘ikat perut’ sebagai langkah berjimat cermat, kerana negara mempunyai beban hutang yang tinggi 1 Trilion  686.8 Bilion.

Rujukan – Berita Harian

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u