Arahan Pentadbiran Bilangan 1/2020: Garis Panduan Kehadiran di Pejabat Bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia Dalam Norma Baharu Menghadapi Covid-19

YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas seluruh penduduk negara ini termasuk penjawat awam bermuda 18 Mac 2020 bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Secara amnya, melalui arahan PKP ini semua premis Kerajaan dan swasta diarahkan supaya menutup operasi mereka kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting.

Walau bagaimanapun, sebilangan kecil pegawai dan kakitangan KPM dibenarkan untuk hadir ke pejabat untuk bertugas atas kebenaran Ketua Jabatan. Buat masa ini, PKP ini telah memasuki Fasa ke-4 yang akan tamat pada 12 Mei 2020.

YAB Perdana Menteri dalam Perutusan Khas Sempena Had Pekerja pada I Mei 2020 telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi, termasuk operasi Kerajaan secara berhati-hati bermula 4 Mei 2020 dengan menguatkuasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan yang ketat.

Pada masa yang sama, Kerajaan menggalakkan kakitangan awam bekerja dari rumah kecuali bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat.

Kementerian sentiasa memberi perhatian dan keutamaan terhadap kesejahteraan dan kebajikan warga KPM. Sebagai langkah persediaan dalam menghadapi kehadiran semula pegawai dan kakitangan untuk bertugas di pejabat susulan pengumuman YAB Perdana Menteri tersebut,

Garis Panduan Kehadiran Bertugas Di Pejabat Bagi Pegawai Dan Kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia Dalam Norma Baharu Menghadapi COVID-19 ini disediakan sebagai panduan kepada pihak Kementerian, Ketua Jabatan, pegawai dan kakitangan KPM dalam memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak.

Sebelum tiba ke pejabat, pegawai dan kakitangan KPM hendaklah:

(i) Memastikan tiada gejala demam (suhu badan 37.5’C atau lebih), batuk atau sesak nafas dalam tempoh 14 hari sebelum. (Sekiranya pegawai pernah mengalami gejala tersebut, pegawai perlu mengambil tindakan memaklumkan Pihak Berkuasa Kesihatan untuk tindakan selanjutnya);

(ii) Sekiranya mengalami gejala, pegawai perlu ke Klinik Kesihatan atau Hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan/ pemeriksaan;

(iii) Memaklumkan kepada Ketua Jabatan sekiranya tidak sihat untuk hadir ke pejabat beserta pengesahan;

(iv) Menjalani saringan suhu badan di pintu-pintu masuk atau lokasi yang ditetapkan;

(v) Pegawai tersebut tidak dibenarkan masuk bekerja sekiranya bcaan suhu badan 37.5’C atau lebih; dan


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


(vi) Pegawai yang tidak melepasi saringan suhu badan hendaklah segera ke Klinik Kesihatan atau Hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Tatacara Bekerja Di Pejabat

Pegawai dan kakitangan KPM yang hadir ke pejabat hendaklah melaksanakan perkara-perkara berdasarkan aspek berikut:

(i) Interpersonal

a. Mematuhi operasi pejabat yang ditetapkan seperti di Para 4;

b. Mengelakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain;

c. Melaksanakan penjarakan sosial (social distacing) sekurang-kurangnya satu (1 ) meter daripada orang lain;

d. Mengamalkan kebersihan diri seperti digalakkan memakai topeng muka (face mask), kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer.

e. Mengelakkan perkongsian makanan di tempat kerja, makan secara berkumpulan di pantri dan perlu mematuhi SOP Kafeteria; dan

f. Pegawai dan kakitangan KPM tidak dibenarkan membawa anak atau ahh keluarga ke pejabat pada bila-bila masa.

Mesyuarat

Melaksanakan kaedah komunikasi alternatif (mesyuarat secara dalam talian) seboleh mungkin;

a. Urus setia mesyuarat bertanggungjawab memastikan proses sanitasi dibuat di bilik mesyuarat masing-masing sebelum dan selepas sesuatu mesyuarat diadakan;

b. Melaksanakan mesyuarat berdasarkan keperluan kehadiran dan kapasiti bilik mesyuarat selepas
mengambil kira penjarakan social;

c. Urus setia mesyuarat hendaklah memastikan semua ahli mesyuarat diberi maklumat berkaitan peraturan dan langkah kawalan yang perlu dipatuhi sepanjang mesyuarat berjalan; dan

d. Urus setia mesyuarat hendaklah mengambil maklumat kehadiran ahli mesyuarat dan rekod kehadiran tersebut

Majlis Perhimpunan

-Sebarang majlis/perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama surat dari JPA dan Soalan Lazim KPM semasa PKPB

Bagi yang ingin membaca Garis Panduan Kehadiran Pegawai KPM di Pejabat boleh lihat di PDF di bawah:

GARIS_PANDUAN_KEHADIRAN_DI_PEJABAT_BAGI_PEGAWAI_&_KAKITANGAN_KPM