SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


A. PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
1. Adakah sekolah dibuka semula semasa PKPB?
Tidak, semua sekolah masih ditutup.
2. Bilakah akan dimaklumkan mengenai tarikh pembukaan semula sekolah?
Sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum sekolah dibuka.


B. GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH
3. Bolehkah Pengetua/Guru Besar dan pentadbir hadir bertugas di sekolah
semasa PKPB?
Boleh, jika ada keperluan.
4. Bolehkah guru terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dari rumah semasa PKPB?
Boleh. Guru digalakkan untuk terus melaksanakan PdP dari rumah.
5. Bolehkah guru ke sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.
6. Bagaimanakah guru yang terkandas di kampung/luar kawasan boleh pulang
ke tempat tinggal semasa PKPB?
Guru hendaklah memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA dan mengikut jadual
yang ditetapkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Guru perlu membuat
perancangan awal untuk pulang ke tempat tinggal.

7. Adakah guru yang pulang ke negeri tempat bertugas perlu menjalani
kuarantin?
Tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri berkenaan.
8. Bagaimanakah guru yang sedang berada di Semenanjung boleh pulang
bertugas ke Sabah/Sarawak/Wilayah Persekutuan Labuan atau sebaliknya?
Guru hendaklah memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA bagi perjalanan ke
lapangan terbang yang merentasi sempadan negeri. Tiket perlu ditempah sendiri
dengan seawal mungkin bagi memastikan proses perjalanan yang lancar termasuk
keperluan untuk kuarantin.
9. Adakah KPM menyediakan panduan kepada pihak sekolah dan guru bagi
memastikan keselamatan mereka semasa bertugas di sekolah dalam tempoh
PKPB dan Pasca PKP?
Ya. KPM akan mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah pasca PKP yang
turut terpakai semasa PKPB.
C. ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)
10. Bolehkah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ke sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir
sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.
D. PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)
11. Bolehkah perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di
sekolah/institusi pendidikan/pejabat/kuarters di bawah KPM dilaksanakan
semasa PKPB?
Boleh, kecuali bangunan yang dijadikan sebagai pusat kuarantin dan penempatan
yang diselia oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
12. Berapakah bilangan pekerja perkhidmatan KBK yang dibenarkan hadir
bertugas?
Mengikut bilangan yang ditetapkan dalam kontrak.
13. Adakah skop dan waktu bekerja bagi pekerja perkhidmatan KBK mengikut
ketetapan dalam kontrak?
Ya.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


14. Apakah arahan/tindakan yang perlu dipatuhi oleh pekerja KBK ketika
melaksanakan perkhidmatan?
Pekerja KBK perlu melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Garis Panduan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti mengamalkan penjarakan sosial,
sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer dan
memakai penutup mulut dan hidung ketika melaksanakan tugas. Selain itu, pekerja
perlu mematuhi garis panduan lain yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari
semasa ke semasa.
15. Apakah tanggungjawab syarikat/kontraktor perkhidmatan KBK dalam
melaksanakan perkhidmatan?
Syarikat/kontraktor perlu:
a) memastikan pekerja yang tidak sihat atau bergejala tidak datang bekerja dan
perlu menjalani pemeriksaan kesihatan;
b) memastikan pekerja segera pulang ke rumah selepas selesai menjalankan
tugas bagi mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan; dan
c) memaklumkan pihak KPM/Jabatan sekiranya terdapat pekerja mereka yang
disahkan positif COVID-19.
E. SEKOLAH SWASTA
16. Adakah soalan lazim ini terpakai untuk pengoperasian sekolah swasta?
Ya.
Catatan: Sebarang perubahan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3 MEI 2020

FAQs PKPB KPM 3 Mei 2020