GARIS PANDUAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN DI SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Panitia mata pelajaran merupakan jawatankuasa yang berfungsi merancang 1 mengurus dan menyelesaikan masalah berkaitan pelaksanaan kurikulum Panitia mata pelajaran yang berkualiti dapat membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan serta berdaya saing tinggi.
Pengurusan panitia mata pelajaran yang mantap akan memastikan peranan panitia mata pelajaran ini berfungsi pada landasan yang betul untuk melaksanakan kurikulum seperti yang dihasratkan.
Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran ini akan menggantikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran bertarikh 13 Mac 1986.
KRITERIA PEMILIHAN KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
Pemilihan ketua panitia mata pelajaran hendaklah dalam kalangan guru yang memenuhi kriteria dan syarat ditetapkan mengikut keutamaan berikut:
5.1 Opsyen ikhtisas yang mengajar mata pelajaran berkaitan. Sekiranya tiada guru opsyen ikhtisas yang mengajar, guru opsyen bukan ikhtisas yang mengajar mata pelajaran tersebut dan mematuhi kriteria para 5.2, para 5.3 dan para 5.4 boleh dipilih; dan
5.2 Gred DG44 dan ke atas atau mengikut kekananan sekiranya tiada guru pada gred tersebut di sekolah rendah; atau
5.3 Gred DG48 dan ke atas atau mengikut kekananan sekiranya tiada guru pada gred tersebut di sekolah menengah; dan
5.4 Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan, iaitu sekurang -kurangnya 85% berdasarkan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) bagi tempoh tiga (3) tahun terkini atau markah prestasi PBPPP tertinggi sekiranya tiada guru yang mendapat markah minimum 85% bagi tempoh tiga (3) tahun terkini.
DAPATKAN FAIL PANITIA DI SINI: https://t.me/pendidik2u/7174
Pemilihan Ketua Panitia Mata Pelajaran
Sekolah Rendah:
DG44 ke atas atau mengikut kekananan sekiranya tiada guru pada gred tersebut.
Sekolah Menengah:
DG48 ke atas atau mengikut kekananan sekiranya tiada guru pada gred tersebut.
SURAT PEKELILING GARIS PANDUAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BOLEH DIMUAT TURUN DI: https://t.me/pendidik2u/7205
Diharap semua sekolah mematuhi SPI yang telah ditetapkan ini.