10 Tempat Menarik Untuk Lawatan Sambil Belajar

Rombongan sekolah merupakan aktiviti yang selalunya ditunggu-tunggu oleh pelajar, sama ada di peringkat Sekolah Menengah mahupun di peringkat Sekolah Rendah. Ia juga diklasifikasikan sebagai Program Lawatan Sambil Belajar yang boleh memberi manfaat kepada murid-murid selain dapat mengunjungi tempat-tempat yang menarik.

Malaysia kaya dengan pelbagai tempat dan tarikan pelancong di seluruh negara. Tarikan ini bukan semata-semata kerana keindahan alam semula jadi, namun juga tarikan sejarah, budaya pelbagai kaum, dan hidupan flora dan fauna.

Selain menarik minat pelancong luar datang Malaysia, lokasi-lokasi ini juga sesuai dijadikan lokasi untuk lawatan sambil belajar. Berikut disenaraikan 10 tempat menarik untuk lawatan sambil belajar khusus di kawasan Lembah Klang dan Melaka.

Tempat Menarik Untuk Program Lawatan Pelajar

 

Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara (PSN) secara rasminya dibuka pada tahun 1996. Ia dikendalikan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Terdapat pelbagai pameran yang sangat unik dan kreatif. Pengunjung tidak hanya melihat dan belajar secara teori, namun dapat berinteraksi secara amali untuk memahami konsep sains yang berkaitan.

Lokasinya adalah di Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan beroperasi pada jam 9.00 am -5.00 pm setiap hari kecuali hari Jumaat.

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Perpustakaan Raja Tun Uda merupakan sebuah perpustakaan yang tidak asing lagi dalam negara kita. Perpustakaan ini terdiri daripada bangunan 6 tingkat dan dibina di tepi sebuah tasik.

Rekaan bangunannya berkonsepkan perpustakaan dalam taman serta dilengkapi dengan kemudahan pembelajaran berteknologi tinggi. Suasana dan kemudahannya tidak hanya disukai oleh kanak-kanak, malah juga digemari oleh orang dewasa .

Tagline perpustakaan ini adalah My Second Home sangat unik dan menarik pengunjung datang kerana mereka boleh bersantai di dalam perpustakaan seperti rumah sendiri. Ada set sofa dan karpet yang selesa, pengunjung boleh duduk dan berehat bersama kawan-kawan, keluarga.

Ia juga dilengkapi dengan bilik tayanaan 4D dan 6D, mini pawagam, bilik sketch canggih, gymnasium dan banyak lagi.

Beroperasi setiap hari bermula 9.30 pagi hingga 7.00 petang.

Planetarium Negara

Planetarium Negara terletak di Taman Tasik, Kuala Lumpur. Ia beroperasi pada hari Selasa hingga Ahad bermula jam 9.00 am – 5.00 pm.

Tarikan utama Planetarium Negara adalah pawagam angkasa yang menayangkan tayangan angkasa serta filem yang hebat. Terdapat juga Teleskop 14’ yang terletak dib alai cerap.

Muzium Negara, Kuala Lumpur

Muzium Negara merupakan tempat terbaik untuk dilawati bagi mereka yang ingin belajar tentang sejarah dan budaya hidup masyarakat Malaysia pelbagai kaum.

Terdapat pameran yang menempatkan barangan sejarah, barang-barang seni, tembikar, kebudayaan serta peralatan orang bangsawan dan sebagainya.

Muzium of Asian Art

Lebih daripada 2000 hasil – hasil seramik dikumpulkaan di sini. Ia datang dari beberapa Negara Asia seperti India, China, Thailand, Jepun dan tentunya Malaysia sendiri. Muzium ini juga merupakan muzium yang paling banyak menyimpan kendi di dunia.

Muzium ini terletak di dalam kawasan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ia beroperasi pada hari Isnin – Jumaat, jam 9.00  – 5.00 pm.

Muzium Sejarah dan Etnografi, Melaka

Melaka memang kaya dengan pelbagai tempat bersejarah. Terdapat banyak tempat yang menjadi tarikan pengunjung. Antaranya ialah Muzium Sejarah dan Etnografi yang terletak di Bandar Hilir, Melaka.

Muzium ini memfokuskan kepada pameran sejarah awal penubuhan Melaka hinggalah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Selain itu, pengunjung juga boleh melihat secara dekat sejarah orang Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Portugis dan masyarakat Chitty.

Hutan Simpan Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Lokasi hutan simpan ini adalah di tengah-tengah ibu kota, Kuala Lumpur. Ini menjadikan Hutan Simpan Bukit Nanas sebagai tempat pilihan warga kota.

Namun, hutan ini juga sering dikunjungi pelancong dari luar. Ini kerana ia merupakan hutan simpan tertua di Semenanjung Malaysia. Pelbagai jenis flora dan fauna dapat dilihat di sini.

Antara kemudahan yang disediakan adalah taman permainan, trek jogging, laluan titi gantung dan sebagainya. Pengunjung boleh masuk ke sini secara percuma setiap hari.

Taman Burung, Melaka

Di Ayer Keroh, terdapat taman burung yang menempatkan pelbagai jenis burung. Burung-burung ini dibiarkan bebas agar menyerupai habitat asal mereka. Jika anda bernasib baik, anda berpeluang untuk bermain-main dengan burung-burung ini secara bebas.

The Shore Oceanarium, Melaka

The Shore Oceanarium merupakan tarikan baru di Melaka. Ia merupakan taman hidupan laut. Lokasi adalah di The Shore Shopping Galerry, Melaka.

Antara hidupan laut yang boleh dilihat di sini adalah ikan Yu, Kuda Laut, Starfish dan macam-macam lagi.

Taman Rama-Rama, Kuala Lumpur

Terdapat lebih 5,000 ekor rama-rama beserta serangga hidup di Taman Rama-Rama ini. Dikatakan bahawa taman ini merupakan taman rama-rama terbesar di dunia.

Selain rama-rama, terdapat juga haiwan lain seperti serangga eksotik, ikan koi, dan penyu. Taman ini terletak di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Semoga info ini dapat memberi idea kepada guru-guru khususnya dalam mencari tempat yang sesuai dan mempunyai manfaat serta informasi yang berguna terutamanya untuk pembelajaran.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top