Tahukah anda, sebenarnya 50% – 70% daripada komunikasi yang terjalin datangnya datangnya daripada bahasa badan, bukannya daripada kata-kata yang diucapkan? Sayangnya masih sedikit dalam kalangan kita yang menyedari betapa gerakan fizikal sebenarnya menyampaikan mesej yang tersirat.

Bahasa Badan merupakan salah satu komunikasi tidak formal yang ada pada setiap manusia. Pergerakan yang terjadi adalah secara semulajadi, kadang-kadang ia tidak dapat dielakkan.

Tentu anda pernah lihatkan, ketika sedang bercakap dengan seseorang tiba-tiba orang itu memegang hidungnya. Apakah pula maksud bagi orang yang matanya kerap melihat jam? Dimanakah kedudukan tangan yang sesuai ketika bercakap dengan bos anda?

Cara bersalam dan maksud setiap cara bersalam, semua ini dapat difahami oleh orang yang memahami ‘Body Language’.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Senyuman yang terukir di bibir seseorang mungkin sahaja membawa maksud kegembiraan, namun tidak mustahil juga senyuman itu memiliki maksud yang tersirat. Seperti individu yang bercakap sambil memeluk tubuhnya? Adakah dia sedang menyembunyikan sesuatu?

Menerusi buku The Definitive Book of Body Language Edisi Bahasa Melayu (Edisi Kemas Kini), pembaca berpeluang mempelajari maksud tersirat di sebalik bahasa badan ini.

Selain dari itu ia juga membantu anda berkomunikasi, sekaligus juga dapat meningkatkan keyakinan diri, bahkan anda juga dapat memahami orang di sekeliling anda dengan lebih mendalam.

Buku ini telah ditulis oleh penulis terkenal Allan & Barbara Pease, dan telah diterjemah serta diterbitkan ke Bahasa Melayu oleh PTS Publishing House.

The Definitive Book of Body Language (Edisi BM)
Jumlah Muka Surat: 416

Jika berminat boleh order di:
Whatsapp