Home info Permohonan Program Matrikulasi KPM 2019/2020

Permohonan Program Matrikulasi KPM 2019/2020

16
5

KPM mempelawa calon SPM 2018 untuk memohon kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2019/2020. Program ini merupakan peluang yang harus diambil oleh calon SPM terutamanya yang mahu menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Tarikh Permohonan Dibuka: 19 Julai 2018 (12.00 Tengah Hari)
Tarikh Permohonan Ditutup: 30 November 2018 (11.59 Malam)

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Penubuhan Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas.

Manakala mulai sesi pengambilan 2004/ 2005, 10% daripada keseluruhan pelajar Program Matrikulasi KPM ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera. Antara keistimewaan Program Matrikulasi KPM ialah:

  • Lulusan Program Matrikulasi KPM akan memperolehi Sijil Matrikulasi yang boleh digunakan untuk memohon 39 skim perkhidmatan Gred 29. Anda boleh merujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016.
  • Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) turut diberikan kepada pelajar Program Matrikulasi KPM yang layak.
  • Semua pelajar Program Matrikulasi KPM hanya perlu membayar yuran pendaftaran sahaja. Manakala kos pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kerajaan. (Sila rujuk SOALAN 7)
  • Kolej matrikulasi terdapat di hampir semua negeri di seluruh Malaysia.
  • Pelajar Program Matrikulasi KPM berpeluang menyambung pengajian bukan sahaja di dalam negeri malah turut berpeluang meneruskan cita-cita mereka ke luar negara.

Permohonan Matrikulasi 2019

PROGRAM DAN JURUSAN YANG DITAWARKAN
Program Matrikulasi Sistem Dua Semester Jurusan Sains
Jurusan Kejuruteraan
Jurusan Perakaunan
Jurusan Perakaunan Profesianal (Bumiputera Sahaja)
Program Matrikulasi Sistem Empat Semester Jurusan Sains (Bumiputera Sahaja)

Syarat Kelayakan Permohonan

  1. Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019
  2. Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018

CARA PERMOHONAN MATRIKULASI SECARA ONLINE

Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional
(BSN) dengan bayaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau
dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018
dengan Lembaga Peperiksaan (LP).

1. Sila pastikan menerima resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter yang mengandungi maklumat berikut:
i. bayaran telah dibuat atas nama “Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897
ii. No Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang sama seperti mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018
dengan LP.
iii. No. Pin 5 digit.

2. Pemohon juga boleh membuat bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun
GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.

3. No. Pin digunakan untuk mengemukakan permohonan Program Matrikulasi KPM dan juga untuk membuat pindaan atau
pembetulan butiran permohonan. No. Pin. ini hendaklah dirahsiakan.

4. Pemohon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor dokumen pengenalan dan diikuti dengan No.
Pin. untuk membuat permohonan.

5. Pemohon yang terlupa atau hilang No. Pin. boleh mendapatkan No. Pin. tersebut dengan membayar RM10.00 (Ringgit
Malaysia Sepuluh Sahaja) di mana-mana kaunter BSN.

6. Permohonan Program Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang
matrikulasi.moe.gov.my mulai 19 Julai hingga 30 November 2018.

Laman Web Matrikulasihttps://matrikulasi.moe.gov.my

7. Baca dan fahami panduan PMI yang terdapat dalam laman web tersebut.

8. Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti
penghantaran.

9. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2018.

SEMAKAN PERMOHONAN

  1. Pemohon boleh mengemas kini maklumat pada awal Februari 2019.
  2. Pemohon boleh melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pengumuman
    rasmi keputusan SPM menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang berdaftar dengan LP.

Semoga info dan maklumat berkenaan Permohonan Matrikulasi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan khusunya calon SPM 2018 ini. Sila kongsikan untuk kebaikan bersama.

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here