Home info Permohonan 19 Ribu Kekosongan Guru Dibuka Hari Ini

Permohonan 19 Ribu Kekosongan Guru Dibuka Hari Ini

74
0

IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengambilan guru secara one-off bagi mengatasi masalah kekurangan guru yang merangkumi 19,000 kekosongan jawatan di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata pengambilan dibuka hari ini (7 April) tetapi tidak diputuskan bila permohonan akan ditutup.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Kepada mereka yang ingin memohon boleh melayari laman Web Permohonan SPP di https://myspp.spp.gov.my/ rujuk panduan pengguna di : https://t.me/pendidik2u/7706

Pengambilan terbuka meliputi jawatan guru tetap atau sementara terutama bagi menangani masalah kekurangan guru dalam empat mata pelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Pendidikan Islam.

Pengambilan kali ini juga terbuka kepada graduan IPTA yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan, sekali gus ia dilihat sebagai peluang keemasan kepada mereka yang berhasrat menjadi guru.

“Buat masa ini kami belum menetapkan tarikh akhir untuk menghantar permohonan. Justeru, sesiapa yang berminat boleh memohon mulai hari ini melalui portal mySPP (https://myspp.spp.gov.my),” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pameran Pendidikan (IPTA) 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMJK) Yuk Choy, hari ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here