Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Tan Sri Dr. Mazlan Yusoff dalam temubual bersama RTM baru-baru ini menjelaskan bahawa SPP akan mengeluarkan iklan pengambilan guru baharu dalam masa terdekat ini, Jumaat (7 APRIL 2023). Rujuk video di bawah:
Kepada mereka yang ingin memohon boleh melayari laman Web Permohonan SPP di https://myspp.spp.gov.my/ rujuk panduan pengguna di : https://t.me/pendidik2u/7706
Iklan Permohonan Guru 2023 ini akan dipaparkan selama 2 minggu sahaja, oleh yang demikian pastikan anda sentiasa mengikuti rapat info pendidikan supaya tidak terlepas untuk memohon.
Mata Pelajaran yang sedang kritikal kekurangan guru ialah seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, RBT dan Pendidikan Seni Visual (PSV).
Bagi mereka yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan juga layak memohon, dan diberi taraf kontrak sementara memberi ruang untuk menyambung pengajian dengan mengambil Diploma Pendidikan sebagai “lesen” dan akan ditemuga sekali lagi untuk mendapat jawatan tetap.