Pencerapan PdPc merupakan salah satu bentuk penilaian yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Pencerapan biasanya dibuat oleh barisan pendadbir, SISC, Pegawai PPD/JPN dan ada juga dari kalangan guru berpengalaman yang dilantik oleh sekolah sebagai penilai.

Biarpun sudah biasa mengajar berpuluh tahun, namun perasaan gementar ketika dicerap pasti ada. Mana taknya kita mengajar dan ada yang memerhatikan setiap gerak geri kita. Apatah lagi jika dicerap secara mengejut tanpa pemberitahuan atau makluman awal.

Walaubagaimanapun guru hendaklah sentiasa bersedia dan memastikan PdP dilaksanakan mengikut RPH yang telah dirancang dan berdasarkan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad ke- 21.

Namun begitu, satu kisah menarik yang dikongsikan oleh seorang Pentadbir ini berkenaan bagaimana beliau dapat membuat buat guru yang pada mulanya fobia dicerap, akhirnya gembira dan selesa bahkan kini meminta pula untuk dicerap.

Berdasarkan kaedah yang dikongsikan beliau ini nampak lebih mesra dan tidak terlalu ‘ikut buku’, mungkin ada yang berpendapat cara ini salah, tidak ikut peraturan tidak ikut SPSK atau sebagainya. Namun sebagai orang yang berpengalaman memahami guru akan berasa tertekan, gementar, dan kurang selesa, sedangkan guru sebenarnya boleh mengajar dengan baik.

Caranya mudah, beliau masuk ke kelas, dan minta buku RPH, jika belum siap, tengok yang hari semalam, kalau dengan Sisc habislah anda RPH tak siap.

Kemudian beliau suruh sahaja guru mengajar ikut cara yang cikgu selesa, beliau tidak duduk terlalu lama, cukup sekadar 10-15 minit, fokus kepada apa yang hendak dicerap. Fokus yang dimaksudkan itu mungkin yang terdapat di dalam Standard 4 SKPMG2.

Kemudian bila ada masa lapang, sembang santai dengan guru yang dicerap, mungkin berkongsi idea dan tips serta pengalaman yang ada.

Cikgu bertambah dekat dan selesa untuk berkomunikasi, dan menjadikannya sebagai inspirasi, selang beberapa bulan, cikgu sendiri akan datang ‘mengada-ngada’ nak suruh masuk untuk dicerap.

Dari masa ke semasa, teknik mengajar guru ditambah, banyakkan berkongsi idea, bukan mengkritik atau menghentam guru sahaja, kerana guru yang mengajar lebih mengenali murid-muridnya.

Rupanya, pendekatan sebegini membuatkan guru seronok untuk mengajar, bila ada inovasi dan pembaharuan yang mereka buat, mereka sendiri nak pentadbir masuk dan lihat apa yang mereka buat.

Itulah keharmonian dalam organisasi yang mementingkan hubungan dan kerjasama antarara satu sama lain. Guru menghormati pentadbir selaku ketua, pentadbir pula bersikap terbuka, dan menerima pandangan semua.

Anda berhak untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendekatan ini, segala pandangan dan pendapat diraikan bersama.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u