INTIPATI AMANAT PM PADA MAPPA KALI KE – 16
- Pemendekan Time Based Service untuk Kumpulan Pelaksana dari 13 tahun kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat.
- Menubuhkan Gred DG56 bagi membolehkan pergerakan tangga gaji and pangkat bagi yang telah memegang Gred DG54 dalam tempoh lama.
- Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak melibatkan sebanyak 42,800 pegawai.
- Sumbangan dana tahunan ke CEUPACS sebanyak sekurangnya 3 juta setahun.
- Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama 7 hari bagi tujuan umrah kepada umat Islam dan juga kepada bukan beragama Islam untuk tujuan keagamaan masing masing bagi sepanjang perkhidmatan.
- Faedah persaraan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM 24 billion. Kenaikan kadar pencen sebanyak 1% bagi semua pesara kerajaan mulai Julai 2018 secara one – off.
- Aktiviti aktiviti pesara. Memberikan geran khas sebanyak RM 1 juta setiap satu badan pesara kerajaan.
- Kebajikan pesara. Pesara pesara kerajaan akan ditentukan tambahan quota haji bergantung kepada allocation kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia.
- Kesetiaan penjawat kepada kerajaan. Nak balik tangan kosong? Jangan harap. Maka dengan ini, pemberian Kenaikan Tangga Gaji sebanyak 1 Tangga Gaji kepada semua penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.4 billion mulai Julai 2018.
Kredit: Suara Penjawat Awam









