Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang sentiasa cakna dengan keadaan ekonomi semasa. Pembentangan Bajet 2023 dijadualkan akan diadakan pada hari ini 7 Oktober 2022 bersamaan dengan hari Jumaat.
Menteri Kanan Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dijangka membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, jam 4 petang nanti.
Siaran langsung pembentangan Bajet 2023 boleh ditonton di semua saluran TV utama di rumah anda. Selain itu anda juga boleh menonton siaran langsung secara online di saluran Youtube dan Facebook penyedia berita tempatan.
Bagi yang ingin menonton secara online boleh juga menonton di saluran di bawah:
https://youtu.be/23ddYutuiHg
Pembentangan Bajet 2023 dijangka akan lebih mengutamakan kepada fokus kerajaan dalam mengukuhkan usaha pemulihan ekonomi semasa, khususnya untuk rakyat Malaysia yang mahu memulakan semua kehidupan selepas pandemik.









