Kenapa murid tidak mendengar arahan saya? Setiap kali suruh diam, tidak juga diam. Mereka seperti tidak hormat langsung pada saya. Tetapi kalau dengan cikgu lain, budak ni diam tanpa suara.

Itulah dunia pendidikan, cabaran mengawal murid merupakan perkara yang paling utama, jika mula-mula langkah masuk ke kelas sudah tidak dapat kawal bagaimana pdp hendak bermula.

Bagi seorang guru, mereka sebenarnya telah belajar secara teori dan praktikal di Maktab Perguruan atau sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru. Namun, apabila masuk ke dunia pendidikan sebenar, realitinya kita sendiri yang tahu.

Tentu anda pernah lihat bukan, guru yang bila dia lalu sahaja, budak tiba-tiba senyap, padahal tiada pun jeritan yang keluar dari mulut cikgu berkenaan. Aura apa yang cikgu ni pakai? Mungkin ada sesuatu yang hebat dalam diri dan jiwa cikgu ni.

Pengalaman mengajar sebenarnya banyak membantu, kalau boleh biarlah kita mengajar 3 jenis kelas yang berbeza perangai budaknya. Kelas Depan, Kelas Tengah, Kelas Belakang, apabila kita ada pengalaman mengajar pelbagai jenis kelas, sedikit sebanyak dapat membantu kita mengawal murid.

Ada tak tips untuk mengawal murid, terutamanya murid sekolah rendah?

Berdasarkan pengalaman dan nasihat dari guru-guru senior, ada beberapa tips terutamanya untuk guru baharu atau guru yang baru pindah ke sekolah baru.

Tips Mengawal Murid Untuk Guru Baharu atau Yang Akan ke Sekolah Baru:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  1. Murid belum kenal lagi anda, oleh itu anda perlu tegas dan serius di dalam kelas. Sekurang-kurangnya 1 bulan.
  2. Jangan layan murid yang suka buat lawak, terus bagi amaran lisan yang keras kepadanya.
  3. Murid akan cuba untuk mempengaruhi guru baru ini supaya tidak menjadi garang, anda kena pandai kesan murid-murid tersebut.
  4. Untuk 1 bulan pertama, jangan bagi muka langsung, salah tetap salah, pastikan dia tidak berani dengan anda. [PENTING]
  5. Tidak bercakap dengan murid mengenai hal bukan pelajaran, kalau dia tanya apa-apa yang bukan pelajaran diam sahaja, suruh dia duduk. Ini bertujuan supaya dia tidak dapat mesra dengan kita. Buat dalam 1 bulan.
  6. Setelah anda gunakan tips ni, anda akan senang control murid sampailah hujung tahun, dengar tapak kaki je murid diam terus, kalau tidak diam bagi tapak sekali, heheh..

Tips ni tiada dalam buku, ia berdasarkan pengalaman dan nasihat dari guru-guru lama sahaja, dan mungkin berlawanan dengan apa yang anda belajar. Namun begitu rata-rata guru mengatakan ia berkesan untuk jangka masa panjang.

Tetapi harus diingat, buat bermula hari pertama di sekolah, jangan dah 5, 6 bulan baru nak buat..

Mesti akan ada yang mempertikaikan kaedah ini, ketinggalan zaman, versi lama, tidak kreatif, tidak Abad 21 atau sebagainya. Tetapi percayalah, sebelum nak buat kaedah-kaedah yang ada dalam buku tu, buat dulu yang ini dalam masa sebulan.

Kita tidak katakan tips ini betul 100%, apapun anda berhak untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan teknik di atas tadi, tiada paksaan pun nak ikut atau tidak. Kalau anda rasa anda memang pakar dalam mengawal murid, dan ada teknik tersendiri teruskanlah. Selamat Mencuba..

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u