Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2018 Tatacara Pemberian Taraf Berpencen (Pekeliling ini membatalkan Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013 Tatacara Pengesahan Dalam Perkhidmatan Dan Pemberian Taraf Berpencen)

SYARAT-SYARAT PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

Seseorang pegawai adalah layak diberikan taraf berpencen apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  • Genap tempoh tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; dan
  • Menolak skim KWSP.
Pekeliling SPP Bil 4 Tahun 2018

PIHAK BERKUASA MELULUS PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

Kelulusan pemberian taraf berpencen adalah di bawah bidang kuasa SPP seperti mana diperuntukkan dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan perakuan pegawai yang telah memenuhi syarat pemberian taraf berpencen dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh pegawai memenuhi syarat berkenaan.

Ketua Jabatan hendaklah merekodkan pemberian taraf berpencen pegawai ke dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan sebaik sahaja memperolehi kelulusan daripada SPP. Buku Perkhidmatan Kerajaan hendaklah dikemas kini dengan catatan seperti berikut:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


(i) Tarikh pengesahan pelantikan tetap;
(ii) Tarikh pengesahan dalam perkhidmatan;
(iii) Tarikh hadir dengan jaya kursus induksi (Modul Umum) / Program Transformasi Minda (PTM) atau pengecualian menghadiri kursus induksi (Modul Umum) / PTM;
(iv) Keputusan peperiksaan perkhidmatan seperti yang disyaratkan mengikut skim perkhidmatan (jika ada);
(v) Tarikh pelanjutan tempoh percubaan (jika ada);
(vi) Kenyataan cuti seperti cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji atau ketidakhadiran tanpa cuti (jika ada); dan
(vii) Keputusan tatatertib (jika ada).

PENETAPAN TARIKH PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

(i) Satu hari bulan pada bulan berikutnya selepas SPP menerima
perakuan lengkap daripada Ketua Jabatan; atau
(ii) Sehari sebelum tarikh persaraan bagi pegawai yang bersara dalam
keadaan biasa yang belum diberi taraf berpencen; atau
(iii) Sehari sebelum tarikh kematian bagi pegawai (gemulah) yang
meninggal dunia sebelum diberi taraf berpencen tertakluk kepada
Seksyen 8(b) Akta Pencen 1980.

Contoh surat pemberian taraf berpencen: Surat SPP

Semakan Pemberian Taraf Berpencen boleh dibuat di: https://semakan.spp.gov.my/SemakanEPROPER/semak.php

Semoga info dan maklumat ini dapat memberi pencerahan kepada semua, khusunya para guru yang sedang menunggu pemberian taraf berpencen atau dokumen yang berkaitan.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u