Memiliki rumah sendiri di atas tanah sendiri adalah impian kebanyakan daripada rakyat Malaysia khsusunya kakitangan kerajaan. Kerajaan di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menyediakan satu kemudahan pembiayaan jenis ke 2 iaitu membina rumah di atas tanah sendiri.

Kami kongsikan beberapa panduan penting bagaimana menguruskan proses permohonan LPPSA ini :

Panduan 1 – Pemohon digalakkan melantik peguam dan kontraktor yang berpengalaman berurusan dengan LPPSA untuk mengurangkan kesulitan semasa proses permohonan.

Tujuan melantik peguam adalah untuk :

  1. Membuat perjanjian pembinaan (S&P),
  2. Membuat carian (land search) di pejabat tanah,
  3. Membantu membuat permohonan secara online,
  4. Memberi cadangan kontraktor berpengalaman dan dipercayai.
  5. Membantu membuat penilaian JPPH jika diperlukan. Kos guaman ialah 3%-5% daripada jumlah pinjaman, ia ditanggung oleh pemohon.

Tujuan melantik kontraktor pula adalah untuk melancarkan proses pembinaan rumah.

  1. Mereka bertanggungjawab membuat pelan,
  2. Menyediakan laporan tuntutan bayaran kepada peguam.
  3. Mendapatkan kelulusan daripada PBT
  4. Membantu proses penilaian JPPH.

Selepas semua urusan LPPSA selesai dan diluluskan, barulah pembinaan rumah boleh dimulakan.

Bagi memudahkan anda memilih senarai peguam berdaftar dibawah LPPSA boleh rujuk di sini http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/senarai-peguam-berdaftar-lppsa-setakat-12-julai-2018

Panduan 2 – Kelayakan Pemohonan

Pastikan anda memenuhi syarat permohonan supaya ianya lancar dan diluluskan tanpa sebarang masalah. Ini adalah syarat-syarat asas permohonan berdasarkan pekeliling LPPSA Bil. 1/2018 :


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  1. Syarat pemohon mestilah warganegara Malaysia dan kakitangan kerajaan tetap.
  2. Jika pemohonan bersama, sekurang-kurangnya salah seorang daripadanya adalah kakitangan sektor awam.
  3. Telah berkhirmat sekurang-kurnagnya satu tahun dan disahkan dalam jawatan.
  4. Bukan seorang yang bankrap atau siberhutang hukuman atau seorang yang tidak berkemampuan kewangan atau sedang diambil tindakan tatatertib.

Panduan 3 – Syarat-syarat khusus untuk pembinaan rumah atas tanah sendiri:

  1. Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pembiayaan diluluskan
  2. Rumah hendaklah dibina di atas tanah yang ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang bebanan
  3. Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama suami/ isteri
  4. Rumah yang dibina hendaklah mengikut pelan semasa kelulusan pembiayaan
  5. Bayaran adalah mengikut Jadual Ketiga kepada Jadual G Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989
  6. Kos penyediaan tapak tidak dibiayai oleh Lembaga dan tiada sebarang binaan/ bangunan kediaman di atas lot tanah tersebut
  7. Laporan Penilaian daripada JPPH

Panduan 4 – Carta Aliran Permohonan LPPSA

Berikut adalah carta aliran permohonan LPPSA untuk rujukan anda.

(Sumber : http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/carta-alir-proses-pinjaman)

Pinjaman Kerajaan

Semua urusan permohonan LPPSA ini perlu dilakukan dengan teliti supaya proses permohonan berjalan lancar, tidak berhadapan dengan masalah dan segera diluluuskan. Barulah anda boleh membina rumah di atas tanah sendiri. Selamat berjaya!

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u