Sudahkah anda membuat Permohonan Pendaftaran Tahun 1 anak anda? Bagaimana cara nak daftar darjah 1 secara online?

Pendaftaran Tahun 1 bagi sesi 2020 dan 2021 telah dibuka.

Sekiranya anda merupakan ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berusia 6 tahun, anda haruslah mengambil tahu tentang apa itu Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM (SPATKPM).

SPATKPM merupakan laman web yang disediakan khusus kepada ibu bapa atau penjaga bagi melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan murid ke darjah satu (1) dan ke sekolah kawalan. Sistem ini dikendalikan sepenuhnya di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sistem ini dibangunkan dengan tujuan memudahkan ibu bapa atau penjaga mendaftar anak masing-masing ke sekolah rendah. Jadi, anda tidak lagi perlu ke sekolah untuk membuat pendaftaran secara manual.

Mudahkan?

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Darjah Satu

Sebelum membuat permohonan kemasukan Darjah Satu, ibu bapa atau penjaga haruslah mendaftar akaun sendiri sebagai pengguna pertama kali.

Pendaftaran akaun boleh dibuat dengan langkah-langkah seperti berikut:

1.    Log masuk ke laman web SATPKPM. Link : https://public.moe.gov.my/
Di ruangan Daftar masuk, tekan butang : Pengguna Baru
daftar tahun 1 online

2.    Anda dikehendaki mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang Daftar Pengguna. Pastikan anda memasukkan maklumat yang betul.

Maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut:

  • Nama Penuh
  • Nombor Mykad
  • Nombor Telefon
  • Alamat Email
  • Kata Laluan
  • Soalan dan Jawapan Keselamatan
  • Pengesahan Kod

3. Setelah selesai mengisi borang elektronik, anda boleh menekan butang : Daftar.

Setelah pendaftaran akaun pengguna berjaya dilakukan, anda boleh mula membuat permohonan kemasukan darjah satu atau kemasukan ke sekolah kawalan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


­Pendaftaran Tahun Satu Ambilan 2020 dan 2021

Pendaftaran dibuka: 1 Mac hingga 30 April 2019

Permohonan Tahun 1 2020/2021

­Setelah berjaya mendaftar sebagai pengguna, anda boleh log masuk ke dalam sistem ini dengan menggunakan ID dan kata laluan yang disediakan.

Seterusnya, klik butang tahun satu untuk pendaftaran pelajar atau memuat semakan keputusan bagi yang telah memohon.

Terlupa Kata Laluan

Bagi ibu bapa dan penjaga yang terlupa kata laluan atau ID, anda boleh mendapatkannya melalui dua cara.

  1. Melalui email
  2. Melalui Soalan Keselamatan

­ Anda perlu memilih butang Lupa Katalaluan di ruangan berikut:

Setelah memilih kata laluan anda boleh memilih salah satu cara semakan kata laluan yang disediakan.

Jika anda memilih semakan melalui emel, anda akan menerima kata laluan yang didaftarkan melalui email.

Manakala, jika memilih semakan melalui Soalan Keselamatan, anda perlu menekan butang Soalan Keselamatan dan memasukkan Nombor Mykad dan menjawab soalan tersebut dengan betul.

Setelah itu, anda akan menerima paparan Kata Laluan melalui satu popup khas.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan dengan pemilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna dan perkara-perkara berkaitan boleh dibuat dengan menghubungi Pegawai E-Daftar Rendah mengikut negeri kelahiran anak masing-masing.

Senarai nombor telefon pegawai-pegawai tersebut bole didapati di link berikut: https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi

Semoga dengan info dan maklumat ini dapat memudahkan anda, khususnya yang ingin mendaftarkan anak mereka ke tahun 1 secara online.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u