Guru merupakan antara pengguna yang kerap dalam menggunakan perisian Microsoft Office: Word, Excel, Access, Powerpoint dalam kerja seharian.

Di sini admin ingin kongsikan salah satu panduan penting dalam excel iaitu, bagaimana cara untuk meletakkan nombor muka surat (page number) dalam excel.

Jika anda selalu menaip di Word, anda mungkin sudah biasa dengannya, dan sudah tahu cara untuk meletakkan muka surat. Tetapi bagaimana pula jika menggunakan excel?

Kelebihan menggunakan excel ialah kita boleh membuat kotak dengan mudah serta lebih kemas berbanding Word. Namun jika tidak biasa menggunakannya mungkin agak ‘kekok’ sedikit.

Berikut adalah video panduan yang mudah difahami cara memasukkan muka surat:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Cara Buat Muka Surat di Excel

Di dalam video ini diterangkan panduan lengkap bagaimana cara untuk membuat muka surat di dalam excel. Di dalam tutorial ini juga diterangkan:

  • Bagaimana cara untuk membuat muka surat pada helaian tertentu.
  • Bagaimaan membuat muka surat di tengah atau di tepi.
  • Bagaimana membuat muka surat bermula dengan angka lain.

­Semoga panduan dan tutorial di dalam video ini dapat membantu anda dalam membuat hasil kerja yang terbaik.