Home Berita Pelajar Hentak Guru Dengan Batu Ketika Solat

Pelajar Hentak Guru Dengan Batu Ketika Solat

17
0

LAHAD DATU: Seorang guru wanita menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun yang cuba mencuri wang tunai miliknya, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari, guru berusia 23 tahun itu sedang solat Zuhur di surau sebuah sekolah rendah di daerah ini.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah berhampiran dapat ditahan beberapa guru dan pengawal keselamatan yang menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan mangsa.

“Ketika tahiyat akhir, suspek menghentak kepala mangsa dengan batu kemungkinan bimbang cubaannya untuk mencuri disedari guru terbabit.

“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa menjerit sebelum pengawal keselamatan dan guru lain menangkap suspek dan menyerahkannya kepada polis,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Ramli berkata, siasatan mendapati suspek ponteng sekolah dan datang ke surau sekolah tempat mangsa mengajar dipercayai untuk mencuri.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 393 kerana cuba melakukan rompak dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

BERITA HARIAN

Inilah generasi yang tidak boleh dirotan. Undian Kuasa Rotan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here