Kuasa Merotan Perlu Diberi Kepada Guru

    77
    16

    Disiplin murid merupakan salah satu perkara yang penting di sekolah. Melahirkan murid yang berakhlak mulia, berbudi pekerti dan mempunyai sahsiah yang baik adalah cita-cita semua guru bahkan itulah yang diharapkan oleh masyarakat.

    Sekolah selalu disifatkan sebagai tempat yang bertanggungjawab dalam mendidik kanak-kanak dan remaja. Apabila berlaku kes-kes yang melibat peringkat umur ini, segelintir masyarakat terus menuding jari ke sekolah, sekolah mana mereka ini? Siapa guru mereka..?

    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Menyalahkan guru 100% bukanlah sesuatu yang adil, kerana Ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab sepenuhnya apabila murid di luar kawasan sekolah.

    Di sekolah, benarlah ia di bawah tanggungjawab guru, murid wajib mengikut undang-undang sekolah. Namun perlu difahami kuasa guru amat terhad, guru tidak boleh sesuka hati mengambil tindakan kepada murid.

    Hasil dapatan dari guru-guru, murid sekarang sudah berani melawan guru, bercakap kasar, dan langsung tidak hormat pada guru. Ya, bukan semua murid seperti ini, tetapi kerana sebilangan kecil yang bermasalah inilah punca kepada gejala sosial.

    Kembalikan Kuasa Merotan

    Sebenarnya kuasa merotan ini hanya pada Guru Besar / Pengetua sahaja, melainkan ada diturunkan kuasa (dengan surat kebenaran) kepada guru.

    Apa yang guru mampu buat? Mungkin sekadar memberi nasihat, menegur, sesi kaunseling dan membuat laporan kepada guru disiplin untuk dimasukkan ke laporan SSDM.

    Ramai di kalangan guru yang mendesak mengembalikan kuasa merotan.

    Setujukah anda jika kuasa merotan ini dikembalikan kepada semua guru? Anda boleh jawab undian online ini, untuk melihat sejauh mana keperluan kuasa merotan ini.

    Coming Soon
    Hukuman rotan dapat mendisiplinkan pelajar dan kuasa merotan perlu diberi kepada semua guru.
    Hukuman rotan dapat mendisiplinkan pelajar dan kuasa merotan perlu diberi kepada semua guru.
    Hukuman rotan dapat mendisiplinkan pelajar dan kuasa merotan perlu diberi kepada semua guru.

    Kongsikan kepada rakan-rakan anda dengan menekan butang FB share / Whatsapp dan Telegram di bawah.

     

     

    16 COMMENTS

      • Hang mmg baguih…hat contoh dok ada…pi bakaq tahfiz salah cikgu suh depa isap dadah, pi bunuh orang sumbat botoi kat pungkuq salah cikgu yg ajaq, hangpa ibu bapa xajaq apa ka? Kalu gitu, hangpa ajaq apa? Ibu bapa kena main peranan pasai cikgu ajaq 5-6jam, hangpa ibu bapa pi mana? 18jam lagi pi mana?hangpa ajaq la…satgi anak hg buat perangai, cikgu jugak yg salah…apa punya mentaliti ni, Hg pi ajaq anak hg sendiri la. La ni, cikgu sekolah gomen xbagus utk anak hg yg makin buas tu.bukan xboleh homeschooling..byk duit, hantaq skolah international..

      • Hanya seorang guru je yg akan setuju bila muridnya blh dirotan sbb cikgu tu yg berhadapan dgn perangai murid tu di sek.kdg2 perangai murid ni x sama semasa di rmh dan di sek.ada murid yg pndai memburukkan cikgu dpn ibu bapa.ibu bapa plak percaya bulat2 ckp ank mereka tnpa usul periksa.bila dh terbongkar baru sibuk nk minta maaf dgn cikgu.tulis atas pengalaman sbg seorg guru…

      • ikut islam pn guru pertama utk anak2 ialah ibu bapa, bukan cgu2 kt sek . apasal plk cgu yg nk kena main perananan utama. tolonglah, masalah anak2 jgn serah kt cgu2 utk betulkan. mana ibubapa yg patutnya main peranan utama

      • mesti rotan, kalau boleh pakai tali pinggang dan buluh sekali sbb jaga depa ni lagi susah daripada monyet kt hutan,ntah setan mana yg hasut depa ni, sampai cikgu sendiri diperdajalkan.

    1. Zaman sekarang murid perlu diberikan pendedahan sikologi,tidak sesuai utk dirotan..
      Murid zaman skrg cepat memberontak kerana masalah2 itu sebenarnya datang drpd rumah..
      Ibubapa terlalu dan terpaksa sibuk dlm pekerjaan sehingga kurang perihatin serta kasih sayang terhadap anak2..hanya tahu memanjakan anak2 sahaja..

    2. kat mahkamah pun ada jatuhkan hukuman sebat. guru ja semua pun tak boleh buat. pendidik itu merotan utk memanusiakan. fikir2kanlah. kalau anak saya pun patut d rotan, saya bg kebenaran. tahniah atas usaha kementerian.

    3. Manusia ni ada kecerdasan pelbagai. Bukan murid je kecerdasan pelbagai. Cikgu pun kecerdasan pelbagai. Ibu bapa pun kecerdasan pelbagai. Rotan dan psikologi diperlukan untuk mendidik. Baik untuk ibu bapa atau cikgu.

    4. Sepatutnyer kuasa merotan tidak perlu diubah2….kekalkan & berikan kuasa kepada guru yg mendidik tetapi ada batasnyer.
      Saya sokong 100%…xperlu diisu2 kan lagi….teruskan shj

    5. tak perlu dirotan.biarkan murid tu sekiranya tidur,ponteng,tak buat kerja rumah.kalau rotan membazirkan tenaga guru sahaja.asalkan selamat daripada disaman ibubapa.

    6. Zaman sekarang ni bukan anak murid je patut dirotan.. Tapi mak bapak budak nakal tu pun patut dirotankan sekali.. Sebab backup anak yg mcm nate beruk tu.. Nanti anak dapat 7G, salahkan cikgu, salahkan sekolah.. Padahal budak tu yg tiktok 24jam..

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here