Subjek Sains merupakan subjek yang penting dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, di dalam Soalan Sains UPSR 2017 ia terbahagi kepada 2 kertas iaitu kertas 1 untuk soalan objektif dan kertas 2 untuk soalan subjektif.Kertas 1 Sains mempunyai 40 soalan objektif dimana calon perlu menjawab semua soalan, setiap soalan mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Calon perlu menjawab dalam masa 1 jam.

Manakala kertas 2 merupakan kertas subjektif, ia mempunyai 8 soalan, kesemua soalan hendaklah dijawab. Jawapan hendaklah ditulis di dalam buku soalan. Soalan ini juga diperuntukkan 1 Jam masa menjawabnya.

Soalan subjektif memerlukan kemahiran menjawab dengan baik. Murid perlu meneliti setiap soalan, arahan dan gambarajah yang diberikan. Beberapa istilah sains perlu difahami murid, seperti pemboleh ubah dimanipulasi, pemboleh ubah dimalarkan, pemerhatian dan sebagainya. terdapat juga soalan yang menghendaki calon melukis seperti soalan yang baru ini calon diminta untuk melukis bentuk bulan, dan terdapat juga soalan membina jadual.

Kertas 2 selalunya agak susah jika kurang latihan dan ulangkaji menjawab soalan.

Namun begitu, sebagai langkah persediaan di tahun hadapan, guru-guru boleh memberi latihan berbentuk soalan sebenar upsr yang lepas untuk membiasakan murid menjawab soalan. Soalan-soalan format baharu ini juga dimasukkan elemen KBAT yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi yang mungkin boleh menyebabkan murid salah menjawab.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Di sini dihimpunkan untuk rujukan guru-guru membuat analisis dan latih tubi serta ulangkaji.

Soalan Sains UPSR 2017 kertas 1 dan kertas 2

Mungkin ramai guru yang belum melihat lagi soalan sains ini, dan ingin menyimpan soalan ini untuk rujukan akan datang. Soalan ini telah di scan dalam bentuk pdf, jadi anda boleh terus save di laptop anda. Solan ini juga akan terus dikekalkan dalam website ini untuk memudahkan para guru mendapatkannya.

Diharap perkongsian soalan upsr 2017 sains ini dapat membantu anda terutamanya guru-guru dalam memberi latihan kepada murid, terutamanya murid tahun 6. Harapan kita usaha ini dapat meningkatkan lagi prestasi murid di masa akan datang. Jangan lupa untuk share dan bookmark page ini.

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u