Home info Iklan Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Iklan Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

4
0
Jawatan kosong dbp

Dewan Bahasa dan Pustaka mepelawa individu yang berkelayakan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon Jawatan Kosong berikut:

SENARAI JAWATAN
Perancang Bahasa Gred S41 Penolong Perancang Bahasa Gred S29
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 Jurufotografi Gred B19
Setiausaha Pejabat Gred N29 Pembantu Tadbir  (kewangan) Gred W19
Pembantu Pemasaran

Kesemua jawatan yang diberikan ini adalah berstatus tetap kecuali Pembantu Pemasaran Kontrak

Kumpulan Perkhidmatan: Jawatan Gred 41 adalah Pengurusan dan Profesional, selain daripada itu kumpulan pelaksana.

Penempatan: Ibu Pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka

JAWATAN KOSONG DBP

Syarat-syarat Permohonan

Perancang Bahasa Gred S41: Jadual Gaji Minimum – Maksimum : RM2,078.00 – RM9,544.00

  1. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  2. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29: Jadual Gaji Minimum – Maksimum : RM1,549.00 – RM5,684.00

  1. Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  2. Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  3. Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  5. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka:

Kepada mereka yang berminat untuk memohon jawatan yang dipaparkan di atas tadi, bolehlah memuat turun Borang Permohonan Jawatan DBP (Borang PSM:12/2014 (Pindaan Pent. 27/99).

Borang boleh didapati di laman web DBP: http://www.dbp.gov.my

atau boleh terus muat turun di : Borang Permohonan

Tarikh Tutup
4 September 2017

Hantarkan borang permohonan yang telah lengkap ke Alamat di bawah:

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur

(u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Permohonan yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri peperiksaan praperkhidmatan (Jawatan Perancang Bahasa) dan temuduga. Sekiranya anda tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap tidak berjaya.

Walaubagaimanapun, anda boleh memohon semula sekiranya ada dikeluarkan Iklan Kekosongan jawatan di DBP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here