Temasya Sukan Sea 2017 sedang berlangsung dan pada tahun ini Malaysia menjadi tuan rumah bagi sukan terbesar Asean ini. Memandangkan sukan ini merupakan sukan yang berprestij dan memerlukan sebilangan besar sukarelawan, yang mana terdapat juga penjawat awam yang terlibat sebagai Sukarelawan Sukan Sea.
Sebagai tanda sokongan terhadap temasya ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah bersetuju memberikan kelulusan Cuti Tanpa Rekod (CTR) kepada sukarelawan di kalangan penjawat awam yang terpilih.
Tugas Sukarelawan ini cukup besar dalam memastikan perjalanan acara dan aktiviti berjalan dengan lancar dan teratur. Oleh yang demikian, melalui surat yang telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia di mana Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kelulusan khas permohonan CTR tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan serta tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Penglibatan di dalam Temasya Kuala Lumpur 2017 boleh diambil kira dalam pemarkahan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Sijil penghargaan daripada penganjur jug aboleh dikira sebagai nilai tambah sumbangan luar.
Pegawai yang terlibat menjadi sukarelawan hendaklah mengemukakan dokumen berikut untuk membuat permohonan dengan ketua jabatan:
- Borang Permohonan Cuti Tanpa Rekod
- Salinan surat lantikan sebagai sukarelawan daripada penganjur.
- Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan.
Ketua Jabatan hendaklah memastikan pegawai mendapat kebenaran sebelum meninggalkan tugas, untuk mengelakkan berlakunya putus perkhidmatan.
Sebagai rujukan, boleh lihat surat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini:
Semoga urusan anda semua yang menjadi sukarelawan berjalan lancar. Semoga maklumat ini memudahkan anda, sumbagan anda sebagai Sukarelawan Sukan Sea tetap menjadi kebanggaan semua.
Fair and square