Home info JURULATIH SUKAN DI BAWAH KPM, WAJIB ADA LESEN KEJURULATIHAN – ZAHID

JURULATIH SUKAN DI BAWAH KPM, WAJIB ADA LESEN KEJURULATIHAN – ZAHID

12
0

Guru dan kakitangan yang terlibat dalam kejurulatihan sukan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diwajibkan mempunyai sijil kejurulatihan Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) kendalian Akademi Kejurulatihan Kebangsaan
dan Institut Sukan Negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jurulatih sukan di bawah KPM dan KPT pula diwajibkan mempunyai lesen kejurulatihan
berdaftar yang aktif di bawah Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan dan Malaysia Sports Coach Registry (MSCR).

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Ahmad Zahid berkata perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan Sukan Bil. 1/2024 yang dipengerusikan beliau hari ini.

Mesyuarat berkenaan memfokuskan kepada beberapa perkara termasuk pemerkasaan pembangunan sukan olahraga dan renang serta penambahbaikan ekosistem kejurulatihan melalui kolaborasi rentas kementerian.

“Mesyuarat turut mewajibkan guru Pendidikan Jasmani serta jurulatih sukan di bawah KPM dan KPT untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dan atlet mengenai elemen-elemen dalam Kod Sukan Selamat,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Ahmad Zahid turut menekankan agar bakat-bakat sukan dalam kalangan anggota badan beruniform diberikan perhatian sebagai satu kumpulan yang boleh menyumbang kepada kecemerlangan sukan tanah air.

Beliau berkata pembangunan bakat di peringkat akar umbi adalah amat penting bagi melahirkan atlet bertaraf antarabangsa.

“Pemegang taruh utama seperti Kementerian Belia dan Sukan, KPM, KPT dan persatuan sukan perlu bergerak seiringan bagi mewujudkan suatu ekosistem sukan berprestasi tinggi yang berstruktur dan efektif.

“Talent pool yang lebih luas memberi kelebihan bagi menggilap potensi atlet dari peringkat awal,” katanya.

Meskipun pertandingan kompetitif turut dilaksanakan di semua peringkat merentas pelbagai sektor pendidikan, Ahmad Zahid berharap usaha itu dapat dipergiatkan lagi agar pencarian bakat untuk sukan berprestasi tinggi diperluaskan.

Katanya ini termasuk merentasi pelbagai sektor pendidikan seperti sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan institusi tahfiz.

“Insya-Allah, melalui mesyuarat seperti hari ini saya yakin penyelarasan yang baik antara kementerian, agensi dan semua pemegang taruh, pembangunan sukan
negara akan dapat dipertingkatkan secara berstruktur dan mendapat hasil yang lebih baik di masa akan datang,” katanya.
— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here