Home info Sasar majoriti guru ada sarjana pada tahun 2030

Sasar majoriti guru ada sarjana pada tahun 2030

98
0

Kerajaan meletakkan sasaran supaya majoriti guru di Malaysia ini mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana menjelang tahun 2030.

Dr Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan berharap beberapa universiti awam (UA) dapat memberi kelonggaran dengan menukar jam kursus atau latihan dihadiri guru kepada jam kredit pengajian ijazah sarjana.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Kita melihat keadaan guru dan memang ada skim untuk mereka melanjutkan pengajian.

“Ada dalam kalangan mereka diberi cuti belajar dan ini adalah usaha berterusan yang akan diteruskan.

“Kita ingin guru mempunyai ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD). Kita juga melihat kemampuan semasa dan insentif yang diberikan sehingga mereka menyelesaikan sarjana dan PhD,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Sabri Azit (PAS-Jerai) mengenai keistimewaan warga Kementerian Pendidikan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.

Sumber: Berita Harian

~~~~

Ulasan

Memang ramai guru yang telah menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan ada juga yang telah memiliki Phd. Walaupun mempunyai jadual yang padat di sekolah guru-guru sentiasa mengambik peluang yang ada terutamanya program yang menawarkan Belajar Semasa Cuti.

Semangat dan usaha yang gigih hendaklah ditanam dalam diri untuk mencapai cita-cita memiliki Sarjana dan menyambung pula ke peringkat Phd.

Selain dari itu, untuk menggalakkan ramai lagi yang menyambung ke peringkat Sarjana, semakan gaji sebaiknya diselaras semula berdasarkan peringkat Sarjana.

Mungkin tawaran seperti itu boleh memberi semangat untuk para guru menyambung ke peringkat yang lebih tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here