Iklan Jawatan Kosong Guru Mara 2017

Jawatan Kosong Guru Mara

Peluang untuk mereka yang berminat untuk menjadi guru. Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menghebahkan iklan Jawatan Kosong Guru Mara Gred DG41 untuk berkhidmat di institusi di bawah Mara.

Mungkin ramai yang pernah dengar istilah Guru Mara, apakah ia sama dengan Guru di KPM?

MARA merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan agensi ini juga mempunyai institusi pendidikannya seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Guru yang menerima lantikan dari Mara ini akan ditempatkan di MRSM yang ada di seluruh Malaysia.

Iklan Kekosongan Guru Mara

MARA mempelawa mereka yang berkelayakan dan mempunyai ciri:

  • Berilmu
  • Berkeyakinan
  • Berintegriti
  • Memiliki kemahiran interpersonal
  • Kreatif dan inovatif

Individu yang mempunyai ciri-ciri ini dipelawa untuk menjadi warga pendidik di Institusi-institusi Pendidikan Mara.

Kriteria yang dilihat ini nampak tinggi bagi sesetengah orang, namun inilah syarat-syarat untuk menjadi Guru MRSM yang telah digariskan oleh pihak MARA.

Nama Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41)

Gaji Minimum: RM2188.00 hingga RM9552.00

Bidang dan Subjek:

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bimbingan dan Kaunseling

Biologi

Fizik

Kimia

Media

Pendidikan Jasmani

 

Pendidikan Seni Reka / Visual

Sains Komputer

Geografi

Sejarah / Sivik

Pengurusan Perniagaan

Perakaunan

Ekonomi

Matematik

 

Pendidikan Islam

Pendidikan Islam (Tahfiz)

Kemahiran Hidup

Komputer Multimedia dan Animasi

Reka Bentuk Fesyen

 

Terdapat banyak pilihan subjek yang anda boleh pilih namun pastikan bertepatan dengan kelayakan ikhtisas Ijazah Pendidikan atau Diploma Pendidikan anda.

Syarat-syarat Permohonan Guru Mara

Ada beberapa syarat untuk memohon menjadi tenaga pengajar MRSM, yang pertama sekali pastilah Warganegara Malaysia. Ini syarat utama, kemudian anda perlu mempunyai salah satu dari  kelayakan berikut:

  • Mempunyai Ijazah  Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan mempunyai Diploma Pendidikan.
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
  • Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan dan mempunyai Diploma Pendidikan.
  • Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan

syarat mohon guru mara

Ini adalah syarat yang telah admin ringkaskan supaya mudah difahami, persoalan yang selalu timbul di kalangan pemohon pekerjaan adalah:

Soalan: Saya berminat untuk memohon, saya ada Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Quran dan Sunnah, tetapi tidak ada Diploma Pendidikan, bolehkah saya memohon?

Jawapan: Berdasarkan syarat yang ditetapkan anda tidak layak memohon kerana tiada kelayakan ikhtisas iaitu Diploma Pendidikan. Kerana biarpun anda mempunyai PHD sekalipun kelayakan Ikhtisas dalam bidang pendidikan mesti kena ada.

Soalan: Berapa gaji yang ditawarkan sekiranya saya berjaya dilantik menjadi guru di MRSM?

Jawapan: Untuk tangga gaji bagi lantikan DG41 ini ia tidak sama bagi setiap Ijazah. Gaji permulaan Guru DG41 adalah berdasarkan kelayakan berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda: RM2188.00
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian: RM2391.94
  • Ijazah Sarjana (Master): RM2902.98
  • PHD: RM3209.60

Kenapa gaji permulaan ini berbeza? Ini kerana ia mengikut tahap pendidikan masing-masing.

Cara Memohon Jawatan dalam MARA Secara Online

Setelah anda meneliti syarat-syarat yang digariskan, dan berminat maka anda bolehlah membuat permohonan.

Permohonan hendaklah melalui Laman Web Mara secara online:

PERMOHONAN JAWATAN SECARA ONLINE
ONLINE MARA

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Julai 2017

Sekiranya anda mempunyai kelayakan sijil daripada luar negara atau IPT swasta anda perlu menyemak pengiktirafan sijil anda di web Kementerian Pengajian Tinggi.

Permohonan akan ditapis dan mereka yang layak sahaja akan dipanggil untuk menghadiri (Mara Assessment Centre). Di sini meraka yang terpilih akan dinilai sekali lagi dengan beberapa sesi ujian dan temuduga.

Sekiranya berjaya, anda akan menerima pemberitahuan SMS dan boleh juga menyemak di laman Web Mara.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u

Comments (7)

  1. Asaari July 7, 2017
    • Pendidik2u July 7, 2017
      • Asaari July 8, 2017
  2. Daniel July 13, 2017
    • Pendidik2u July 13, 2017
  3. nor July 20, 2017
    • Pendidik2u July 21, 2017

Leave a Reply