“Setelah beberapa minggu sepanjang PKP ni, aku banyak kali juga mengajar anak sendiri, masih di tahun 1, baca pun belum lancar sepenuhnya lagi, Ya Allah payah rupanya mengajar ni, macam manalah cikgu yang boleh mengajar 1 kelas yang mana jumlahnya 30 oranh bahkan ada yang mencecah 40 orang sekelas.”

Tambahan lagi aras tahun 1 sekarang tak sama macam kita belajar dulu, sekarang kalau tengok buku teksnya pun dah terkejut, betul ke tahun 1 punya buku ni.

Itulah luahan seorang ibu yang telah cuba mengajar anaknya semasa PKP ni. Admin percaya dia sudah cukup memahami betapa sukarnya untuk memberi faham kepada seorang budak yang masih di tahun 1.

Begitulah cabaran seorang guru di sekolah rendah, yang orang kata “alah ajar abc, 123 sahaja”, sedangkan ia adalah perkara paling penting dalam dunia pendidikan iaitu memastikan murid dapat menguasai membaca dan mengira dengan baik.

Ia ibarat dasar yang perlu dibina dengan kukuh, barulah kita dapat menghadapi aras yang lebih tinggi.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Bayangkan jika di tahun 1, murid belum dapat menguasai 3M bagaimana mereka nak berhadapan dengan subjek-subjek yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Guru-guru sangat mengharapkan ibu bapa dapat membantu anak mereka membaca, mengira, mengaji Al-Quran di rumah. Kami faham ia amat sukar, tetapi dalam situasi sekarang ia sangat penting, kami juga tidak mahu mereka ketinggalan.

Kita usaha sebaik mungkin, InsyaAllah anak kita mampu dapat ilmu, biarpun sedikit tetapi sekurang-kurangnya ada.

Dapatkan bahan-bahan bantu belajar, gunakan untuk anak, selemah mana pun anak tersebut kita kena berusaha untuk terus berjaya.

Usah biar mereka leka dengan cuti yang panjang, dan tanpa berbuat apa-apa. Mungkin ini norma baharu kehidupan kita iaitu menjadi cikgu kepada anak kita.

Semoga kita dipermudahkan segala urusan dan dijauhi dari sebarang jangkitan virus Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia.

Sekongan anda sangat dihargai dan menjadi kebanggaan bersama.