Ramai yang bertanya adakah potongan Angkasa akan tetap berjalan seperti biasa atau dapat penangguhan seperti pinjaman bank?
Berikut merupakan jawapan dari pihak Angkasa.
ANGKASA mengambil maklum mengenai arahan dari Bank Negara Malaysia (BNM) pada 24 Mac 2020 bagi menawarkan penangguhan bayaran bank pembiayaan sepanjang enam (6) bulan bermula I April 2020.
Untuk makluman, ANGKASA bukanlah badan yang
menawarkan pembiayaan. ANGKASA berperanan sebagai
penyedia platform kutipan pembiayaan melalui Sistem
Potongan Gaji ANGKASA.
ANGKASA masih dalam peringkat perbincangan dengan
institusi pembiayaan seperti bank dan koperasi kredit yang berkaitan. ANGKASA akan menjalankan tugas potongan gaji mengikut prosedur yang ditetapkan oleh institusi pembiayaan tersebut. Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan kepada semua pelanggan setelah
dimuktamadkan. Sekian, terima kasih
Jawapan terkini:
Untuk makluman semua, ANGKASA akur dan akan mematuhi arahan penangguhan bayaran potongan gaji yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan ianya akan berkuat kuasa bermula pada 1 April 2020.
Namun begitu, untuk pembiayaan melalui koperasi pula, ianya adalah tertakluk kepada arahan koperasi yang memberikan pinjaman. ANGKASA telah menyarankan kepada pihak koperasi pemberi pembiayaan untuk turut sama memberikan kemudahan ini. Namun begitu, ianya adalah tertakluk kepada kemampuan koperasi tersebut untuk menyerap impak kewangan koperasi masing-masing.
ANGKASA tidak mempunyai kuasa untuk tidak membuat potongan gaji selagi ianya tidak mendapat arahan daripada pihak pemberi pembiayaan.
Insha’Allah, ANGKASA akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan nasihat dan perkhidmatan terbaik untuk semua pihak.