Home info Soalan UPSR Matematik 2016

Soalan UPSR Matematik 2016

14
2
Soalan UPSR Matematik 2016

Soalan UPSR Matematik 2016

Set Soalan UPSR Matematik 2016 boleh dijadikan bahan latih tubi kepada murid-murid yang bakal menghadapi UPSR tidak lama lagi. Guru-guru sekarang sudah mula membuat persediaan dan perancangan awal untuk memastikan semua tajuk dapat dihabiskan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Antara langkah awal ialah memberi latihan kepada murid menjawab soalan sebenar UPSR.

Matematik merupakan subjek yang penting di dalam UPSR, murid memerlukan latih tubi menjawab soalan. Terdapat banyak soalan lepas-lepas, namun disebabkan UPSR telah menggunakan format baharu bermula 2016, maka sebaiknya para guru menggunakan Soalan UPSR Matematik 2016 sebagai latih tubi.

Dapatkan Kertas Soalan Matematik UPSR 2016 di sini.

Soalan UPSR 2016

Persiapan UPSR 2017 bagi Matematik

  • Semua tajuk perlu dihabiskan sekurang-kurangnya sebulan dari Tarikh mula UPSR.
  • Boleh mula membuat ulangkaji semua tajuk-tajuk yang berat dan sukar.
  • Kenalpasti tajuk-tajuk yang murid gagal menguasai dengan baik.
  • Beri latihan berfokus untuk memastikan murid mahir menjawabnya.
  • Gunakan soalan pelbagai aras, aras rendah, sederhana, dan tinggi.
  • Biasakan pada soalan-soalan KBAT.

Selain itu, guru-guru juga boleh menggunakan Soalan Percubaan UPSR 2016 sebagai bahan latihan kepada murid-murid.

Mengapa perlu menggunakan Soalan UPSR Sebenar 2016

  • Soalan Matematik bagi tahun 2016 menggunakan format terkini yang telah diputuskan oleh lembaga peperiksaan.
  • Penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
  • Soalan yang menepati sukatan.
  • Aras soalan yang pelbagai, rendah, sederhana dan tinggi.

Mengapa sukar mendapat A di dalam Matematik?

Ada murid yang kita target dia A namun hanya berjaya dapat B, terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada situasi ini. Namun kita melihat dari sudut praktikalnya. Bagi kategori yang murid sepatutnya boleh skor tetapi gagal skor adalah disebabkan:

  • Tidak berhati-hati ketika menjawab peperiksaan.
  • Membuat kesilapan mudah, kerana cuai. Soalan yang rata-rata murid betul tetapi salah menjawabnya.
  • Tidak membuat semakan.
  • Kurang menjawab soalan dalam bentuk ujian yang mengikut format dan masa sebenar.
  • Mengabaikan soalan-soalan aras tinggi.

Menjawab soalan matematik tidak seperti menjawab soalan subjek lain. Di dalam kertas matematik, terdapat pelbagai aras soalan, ada mudah, sederhana, dan tinggi mengikut Taksonomi Bloom.

Ramai yang tidak sempat jawab soalan. Mengapakah ini berlaku?

Pertama sekali adalah kerana tidak menguasai matematik asas seperti, operasi darab dan bahagi. Apabila tidak menguasai dengan baik, maka proses pengiraan menjadi lambat, dan memakan masa yang panjang sehingga menyebabkan soalan tidak dapat dijawab habis.

Sekiranya menjumpai soalan yang sukar, terus buat soalan seterusnya terlebih dahulu, kerana kadang-kadang soalan yang di akhir itu lebih mudah dari soalan di tengah.

Matematik Subjek Yang Menarik

Ramai murid yang meminati matematik, dan ramai juga yang ‘benci’ matematik.

Matematik sebenarnya adalah ‘Fun’, ia adalah permainan nombor.

Antara tips untuk murid yang tidak suka matematik ialah, kita bagi soalah uji minda mudah. Anda boleh cuba google atau boleh rujuk contoh soalan matematik ini.

Semoga perkongsian Soalan Matematik UPSR ini dapat membantu para guru memberi latihan dan meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam menjawab soalan di dalam peperiksaan.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here