Alkisah sebuah sekolah di Selatan Zimbabwe.
Seorang GB muda baru masuk. Terus buat perubahan mendadak tanpa berbincang dengan sesiapa. Dalam mesyuarat dengan angkuh dia berkata,
” Ini sekolah saya. Saya yang berkuasa. Siapa tak suka dengan cara saya, isi sahaja borang tukar.”
Seorang guru otai di situ berkata pada aku,
” Baru masuk dah nak tunjuk lagak. Dah nak tunjuk kuasa. Dia tak tahu kolam ikan itu aku yang gali guna cangkul 18 tahun dulu. Pokok besar tempat budak berteduh tu aku yang tanam.
Nak tunjuk kau hebat, nak tunjuk kau berkaliber bukan begitu gayanya. Ambil hati guru-guru lama, buatlah keputusan secara bermusyawarah.
Kalau semua guru otai minta tukar, jatuh merudum prestasi sekolah. Baru dia tahu langit tinggi rendah.
Mujur aku dah tua sekarang. Dah banyak belajar bersabar. Kalau dia cakap macam tu 15 tahun dulu, waktu darah aku tengah panas, memang aku kahakkan muka dia saat tu juga.
Ini pun kalau tak kena gaya, sikit masa lagi memang aku maki depan-depan.
Dia fikir dia punya hebat saja. Dia tak fikir cikgu lain punya gila.”
Itu yang dia cerita awal tahun lalu. Tak tahulah GB Selatan Zimbabwe tu dah kena maki ke belum. Atau si otai lama itu sekadar berani bercakap dibelakang sahaja.
Tapi aku kenal guru otai itu. Zaman muda dia memang pernah dia terajang bilik GB sampai terkopak. Menggeletar GB dia masa tu. Tak puas hati kes kecil je pun.
Semoga kisah di Selatan Zimbabwe ini mampu memberi kesedaran pada bakal-bakal PGB baru.
Slow-slowlah buat perubahan. Ambil hati orang bawahan sama. Belum bertemu buku dengan ruas tak apa lah.
Sekali jumpa, sesal tak sudah.
* Kisah ini berlaku di Selatan Zimbabwe. Tiada kaitan dengan sekolah atau GB di negara kita. Harap maklong lah.
#MFS
Hasil Nukilan: Mohd Fadli Salleh