Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah KPM

    482
    1

    SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah merupakan laman portal yang sangat penting bagi guru. Boleh dikatakan semua guru mempunyai akaun untuk login ke laman web ini. Apakah yang ada di dalam sistem ini? Di sinilah tempat secara dalam talian guru-guru mengisi markah peperiksaan murid. Semua murid yang telah menduduki ujian di peringkat sekolah akan di masukkan markahnya ke dalam sistem ini. Semua markah akan dianalisis mengikut kelas, mengikut tahun, subjek dan sebagainya.

    Login Saps
    Daripada sistem ini juga guru-guru boleh menyemak analisis peperiksaan, boleh tahu siapa yang markah tertinggi, siapa dapat nombor 1, berapa peratus lulus dan banyak lagi. Slip keputusan peperiksaan juga boleh dicetak melalui sistem ini.
    Bagaimanakah cara untuk login SAPS?
    Untuk login, para guru perlu mempunyai ID Pengguna terlebih dahulu, ID Pengguna boleh rujuk kepada Setiausaha Peperiksaan. Kebiasaannya dialah yang membuat ID  dan kata laluan ini.

    SAPS SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

    Memandangkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghapuskan data di enjin carian (Search Engine) sehingga tidak dapat menjumpai laman web sebenar. Oleh itu terus sahaja ke laman web di atas atau taip di browser anda http://sapsnkra.moe.gov.my

    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Muat turun juga Aplikasi SAPS NKRA di Playstore: SAPS NKRA APPS

    Bagaimana jika terlupa kata laluan?
    Guru-guru tidak perlu bimbang, jumpa sahaja SU peperiksaan, nanti dia boleh reset kata laluan anda.

    Selain itu, anda juga sebenarnya boleh login melalui Single Sign On (SSO), di SSO ini anda boleh boleh masuk semua aplikasi di bawah KPM dengan hanya satu Id Pengguna dan satu password sahaja. Yang ini kena rujuk Guru Data sekolah anda untuk mendapatkan kata laluan.

    Markah ujian yang dimasukkan ke dalam sistem adalah sebanyak 3 Kali tidak termasuk Peperiksaan Percubaan UPSR dan Peperiksaan Percubaan SPM iaitu:

    • Ujian 1 atau Ujian Sumatif 1 (Ujian Awal Tahun)
    • Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Ujian Sumatif 2
    • Peperiksaan Akhir Tahun atau Ujian Sumatif 3
    Saps Nkra

    Untuk isi markah di dalam sistem mudah sahaja, setelah mendapat arahan daripada SU peperiksaan bahawa boleh isi markah baru anda boleh mula isi. Tetapi pastikan anda sudah Daftar Subjek terlebih dahulu.



    Langkah Daftar Subjek

    Login SAPS NKRA
    Pilih Jenis Peperiksaan – Klik Masuk
    Pergi ke Menu Guru MP – Klik Daftar MP (Pilih subjek dan kelas serta bilangan murid yang diambil)

    Senarai murid ini datanya diambil daripada Laman APDM, jadi betul di APDM maka betullah di SAPS.

    Sekiranya anda mempunyai masalah untuk masuk ke sistem atau masalah lain berkenaan sistem anda boleh rujuk pegawai berikut:

    Guru Mata Pelajaran – SU Peperiksaan
    SUP – Pegawai Unit ICT / SPA di PPD
    Pegawai SAPS PPD – Pegawai Unit ICT / SPA di BPSH, KPM

    Kalau diperingkat sekolah, guru-guru tidak perlulah terus menghubungi Pegawai ICT, cukup sekadar memaklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah sahaja. Mereka lebih arif dengan sistem dan boleh membantu anda dengan pantas.

    Masalah yang sering berlaku biasanya adalah:

    • Terlupa kata laluan.
    • Markah hilang setelah dimasukkan.
    • Nama murid tidak ada dalam senarai.
    • Kekeliruan untuk mendaftar Nama Subjek.
    • Analisis kedudukan murid tidak tepat.
    • Markah dah isi, tetapi masih ralat.

    Selain daripada guru-guru memasukkan markah, ibu-bapa juga boleh menyemak markah anak-anak mereka di sini dengan melayari:
    https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
    Rujuk Panduan di: SAPS Ibu Bapa

    Untuk menyemaknya ibu bapa perlu memasukkan Kad Pengenalan atau No Sijil Lahir, kemudian pilih Sekolah Rendah atau Menengah dan Tahun Peperiksaan. Slip Keputusan Peperiksaan akan dipaparkan sekiranya SU Peperiksaan sekolah telah membuat pengesahan markah.

    Semoga maklumat ini dapat membantu anda untuk mengisi markah di dalam SAPS dengan lebih lancar, sistematik dan mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan. Segala usaha anda dalam memastikan sistem pendidikan berjalan lancar amatlah dihargai.

    1 COMMENT

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here