Sistem ePROPER merupakan sistem yang dibangunkan oleh SPP bagi melaksanakan urusan perkhidmatan secara dalam talian yang merangkumi empat (4) modul iaitu pengesahan pelantikan tetap, pelanjutan tempoh percubaan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.
Sistem ePROPER telah dilaksanakan secara rintis di semua agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat melalui:
- Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2016 – Pelaksanaan Sistem ePROPER (Projek Rintis) dan
- Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2017 – Pelaksanaan Sistem ePROPER (Projek Rintis).
Berikutan kejayaan projek rintis Sistem ePROPER, SPP telah memutuskan penggunaan sistem ini kepada semua agensi di bawah KPM dalam melaksanakan urusan perkhidmatan yang merangkumi pengesahan pelantikan tetap, pelanjutan tempoh percubaan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Keputusan ini adalah bertujuan bagi mempermudah urusan perkhidmatan APP, menjimatkan kos Kerajaan dan memberi kepercayaan kepada Ketua Jabatan untuk membuat perakuan.
Sistem ePROPER boleh
dicapai melalui portal SPP iaitu:
atau terus ke pautan URL
Pegawai Bertanggungjawab boleh merujuk manual sistem dengan memuat turun Manual Pengguna Sistem ePROPER

Sistem ePROPER merupakan sistem yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi membolehkan Ketua Jabatan di semua peringkat agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memperakukan secara dalam talian bagi urusan perkhidmatan yang berkaitan dengan
- Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT),
- Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP),
- Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) dan
- Pemberian Taraf Berpencen (PTB) kepada SPP.
Pekeliling Pelaksanaan ePROPER: https://teratai.spp.gov.my/eproper/doc/Pekeliling_SPP_Bil_5_Tahun_2018.pdf
SPP akan melaksanakan naziran ke atas semua perakuan urusan perkhidmatan yang dikemukakan secara dalam talian melalui Sistem ePROPER. Ini bertujuan bagi memastikan perakuan tersebut lengkap dan teratur berdasarkan maklumat yang direkodkan dalam buku perkhidmatan Kerajaan dan dokumen yang disimpan dalam fail peribadi pegawai.
Ketua Jabatan diingatkan supaya mematuhi prosedur yang ditetapkan semasa membuat perakuan urusan perkhidmatan kepada SPP melalui Sistem ePROPER bagi mengelakkan sebarang kesilapan dan kecuaian.
Manakala guru-guru yang ingin membuat semakan seperti pengesahan dalam perkhidmatan, pengesahan lantikan, pemberian taraf berpencen boleh membuat semakan di:
SEMAKAN eProper
https://semakan.spp.gov.my/SemakanEPROPER/semak_papar.php
Sebarang pertanyaan mengenai sistem ini boleh dirujuk kepada:
| Ibu Pejabat Putrajaya Unit Sistem ePROPER Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Aras 2, Blok B3, Kompleks JPM Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62526 PutrajayaBahagian Perkhidmatan No. Tel : 03-8871 7425/ 7421/ 7429 No. Faks : 03-8871 7492 E-mel : eproperhq@spp.gov.my Bahagian Pengambilan Guru Bahagian Pengambilan Bukan Guru Jawatankuasa Kecil Sistem ePROPER Negeri Sabah Jawatankuasa Kecil Sistem ePROPER Negeri Sarawak |









