Home info Syarat dan Cara Mohon Guru Mara

Syarat dan Cara Mohon Guru Mara

7
0
cara mohon guru mara

Salah satu laluan untuk menjadi seorang guru adalah melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu dengan memohon Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41. 

Guru di bawah MARA biasanya akan berkhidmat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), iaitu salah satu institusi pendidikan dibawah MARA.

Manakala mereka yang memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan ditempatkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited. Mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.

Peluang Kerjaya Bersama MARA

Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Gred Jawatan : DG41
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji Minimum: : RM2,188.00
Gaji Maksimum : RM9,552.00
Penempatan : Institusi-institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat
skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta sebarang pindaan yang
dibuat dari semasa ke semasa.

Jadi guru MRSM

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

1. Warganegara Malaysia;
2. Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4. Kelayakan lantikan ke Gred DG41 secara kontrak :

i. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau

ii. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau

iii. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau

iv. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau

v. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau

vi. Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98); atau

vii. Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.60).

5. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi luar negara juga boleh memohon jawatan ini jika kelayakan akademik tersebut diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Semakan pengiktirafan kelayakan akademik boleh dibuat melalui laman web berikut :
– https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm ; atau
– https://www2.mqa.gov.my/mqr/

6. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan
juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat;

7. Pemohon yang memohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;

8. Pemohon perlu memiliki tubuh yang sihat serta tiada rekod kesihatan mental;

9. Pemohon turut aktif dalam kegiatan kokurikulum;

10. Pemohon perlu memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon);

11. Pemohon perlu mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik,
reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain; dan

12. Pemohon adalah bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan
kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dadah.

CARA MEMOHON

1. Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki tepat dengan bidang / subjek yang diiklankan;
RUJUK IKLAN GURU MARA: https://t.me/pendidik2u/8533

(Termasuk beberapa jawatan lain)

2. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web MARA
seperti berikut :
Alamat Laman Web : https://www.mara.gov.my
Tarikh Buka : 16 Ogos 2023 (Rabu)
Tarikh Tutup : 31 Ogos 2023 (Khamis)
(Sebelum jam 11:59 malam)

3. Permohonan yang dibuat secara dalam talian melalui pautan yang sah sahaja akan
diterima. Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan
ditolak; dan

4. Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang
salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumatmaklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here